Alhamdulillah, Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PNM) pada 10 September 2021. Ini membolehkan penduduk merentas daerah di kawasan berkenaan. Pun begitu kami relaks dahulu di rumah.
Namun pada 19 September, kami merentas ke daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam untuk melihat sawah padi yang sedang menghijau. Kami bertolak lebih kurang pukul 9.00 pagi dengan melalui SKVE. Jauh juga rupanya laluan yang terpaksa dilalui kerana perlu masuk ke Bandar Klang.
Kami meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam tanpa singgah di tempat lain. Masuk ke Jalan peket di Sungai Besar untuk melihat suasana sawah di sekitarnya. Berhampiran Ban Kenal ada Taman Tebu Aidil & Aidil Orked yang dipenuhi dengan orang ramai. Pokok-pokok tebu yang ditanam begitu cantik dan sesuai untuk bergambar, kami tak singgah.
|
Terletak di Kampung Parit Empat, Sungai Besar. |
|
Banyak pokok tebu hitam di sini. |
Terus berkereta menikmati pemandangan sekitarnya. Kelihatan pokok-pokok padi sedang ditanam dan masih menggunakan kaedah lama. Iaitu ditanam anak pokok padi dalam susunan tertentu. Jika di utara tanah air, kebanyakannya sudah ditanam secara tabur.
|
Pokok padi yang baru ditanam
|
|
Tersusun cantik
|
|
Ada yang memancing |
Perut terasa lapar, kami menikmati makan tengahari di sebuah pondok berhampiran Masjid Ma'muniah, Jalan Sungai Nipah Baroh. Ada Anjung Pool Villa tidak jauh dari sini. Sila Google.
Lepas makan, ambil gambar di kawasan sekitar dan terus melihat sekitar Kampung Sungai Haji Dorani. Ada homestay di tengah sawah namun kami tak singgah la pula.
Kami mendapati ada laluan lain untuk ke Sekinchan tanpa melalui jalan besar, jadi kami pun explore jalan belakang tersebut. Jalan Terusan Utama. Jalannya agak besar dan dibatasi dengan sebatang sungai yang luas dan deras airnya. Terdapat pelbagai tanaman lain seperti pokok jagung, kacang serta sayuran lain.
Di satu kawasan ada deretan gerai menjual pelbagai produk pertanian. Sempatlah kami singgah dan beli jagung segar serta kerepek buat kudapan. Laluan ini agak meriah dengan kehadiran motor berkuasa tinggi dan deretan kereta mewah. Anak-anak dato' mana pun tak tahulah.
|
Sungai Burung |
|
Waktu ni hujan |
|
Ada Triangle Farm Cottage House |
Kelihatan pokok-pokok padi di sini lebih besar, jadi kami masuk ke kawasan tersebut. Memang lebih cantik panorama di sini. Ada tempat yang sesuai untuk bergambar, apa lagi.
|
Pokok padi lebih tinggi |
|
Jalan Ban Tanjung Karang
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ehhh... ada pula yang mengikut. |
Dalam perjalanan untuk balik, jumpa lagi kawasan yang cantik. Singgah lagi. Memang puas hati menikmati pemandangan sawah padi. Tak perlu ke utara untuk melihatnya.
Sampai di rumah dalam pukul 3.00 petang. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan