Sabtu, 11 September 2021

Rasa Dapur KakJee (400) - Pide Turki



BismillahirRahmanirRahim

Ni kes tak sabar nak makan. Ambil gambar pun tak elok...hihi.

Roti Pide ni memang popular dan biasa KakJee makan di Istanbul dan Arab Saudi. Kini, ianya mudah dibeli kat sekitar Kuala Lumpur. Terutama di kedai makan Turki dan Arab. 

KakJee dapat idea untuk buat Pide ini selepas menonton rancangan masakan yang kian KakJee gemari iaitu Wilderness Cooking melalui YouTube. Sebelum ni Country Life Vlog menjadi pilihan KakJee sepanjang minggu. Keduanya berlatarkan negara Azerbaijan.

Rasa macam tak susah untuk disediakan. Sama seperti menyediakan pizza. Cuma yang berbeza ialah bentuknya dan intinya sahaja. Jom try.

Resipi Roti Pide Turki

Bahan-bahan:

3 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak zaitun
11 g yis kering
1 sudu kecil gula @ madu
1/2 cawan air suam
1 sudu kecil garam

Cara Membuat:
1.Tepung diayak dan dimasukkan ke dalam sebuah bekas.
2.Yis, gula @ madu dimasukkan ke dalam air suam, kacau dan
    biarkan yis aktif.
3.Buat lubang di tengah tepung dan masukkan minyak zaitun.Kacau.
4.Masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit dan uli sehingga tidak
   melekat.
5.Sapukan dengan sedikit minyak zaitun pada doh dan perap doh
   supaya naik sekali ganda.Tutup dengan kain.


Inti 
1 mangkuk daging kisar *
1 biji bawang Holland*
1 biji buah tomato*
2 ulas bawang putih*
1 biji lada benggala hijau*
1 biji lada benggala merah*
2 tangkai daun ketumbar*
1 sudu besar tomato paste
1 sudu kecl serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk paprika
Garam secukupnya
Minyak zaitun

1.Kisar semua bahan bertanda *. Apabila sebati campurkan bahan-bahan lain kacau sehingga rata.
2.Panaskan minyak dan masukkan inti tadi. Kacau sehingga masak. Sejukkan.

Cara Membuatnya:
1.Selepas doh membesar dua kali ganda, tumbuk2 doh untuk buangkan angin. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian, ikut saiz yang dikehehendaki. Canaikan untuk jadikan leper dan memanjang.
2. Ambil garpu dan cucuk2 pada  permukaan pizza. Letakan inti dan ratakan.


3.Bentukkan bahagian tepi kulit supaya berbentuk seperti di bawah. Letakan cheese monzarella jika suka. Sapukan minyak zaitun di bahagian kulit.


4.Bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga masak.

   

Makan waktu masih panas baru sedap.

 

Selamat Mencuca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...