Isnin, 26 Ogos 2019

Ronda2 Cari Makan Eropah



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kami selamat kembali ke tanah air setelah merantau selama sebulan ( 24/6/2019 - 25/7/2019). Kembara kali ini membawa kami menjejaki 12 buah negara di Eropah Barat dengan kereta yang disewa. Negara-negara tersebut ialah Jerman, Sweden, Denmark, Holland, Perancis, Switzerland, Itali, Austria, Belgium, Luxembourg, Liechtenstein dan Vatican. 

Frankfurt, Jerman menjadi pilihan sebagi tempat bermula dan berakhirnya kembara di Eropah. Di Koblenz Jerman , kami bertemu dengan cucu saudara aku yang sedang belajar Bahasa Jerman. Mohamad Aliff Azwar Azhari namanya.

Seperti sedia maklum makanan halal agak sukar untuk dinikmati di Eropah. Jika ada pun harganya memang mahal. Pun begitu jika ada kedai orang Islam yang jelas menjual makanan halal, kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Selainnya aku masak sendiri dengan bekalan yang dibawa. Beras Basmati mudah untuk dibeli dengan harga lebih kurang 2 Euro untuk 1 kilogram. Sayuran memang menjadi pilihan, sesekali aku beli ikan Salmon atau ikan lain yang sesuai.


Sebahagian bekalan yang dibawa.

Restoran berhampiran  Cologne Central Mosque , Jerman.

Nasi Parsi lauk kambing,  9.50 Euro sepinggan  (RM45.00)

Depan Cologne Central Mosque



Roti Turki di Stesen Keretapi  Malmo, Sweden.
Musim buah ceri dan aprikot di seluruh Eropah



Tempat demo bagaimana keju dibuat di Zaanse Schans, Holland

Boleh rasa....macam-macam jenis keju ada.

Beli coklat di kedai warga Pakistan kat Brussels, Belgium.

9.90 Euro untuk 5 kotak . Memang sedap!

Govida, antara jenama coklat yang popular di Belgium. Tak beli pun.

Nasib baik Qatar Airways belanja Govida dalam penerbangan Frankfurt - Kuala Lumpur, puas makan.


Waffle juga popular di Brussels

Waffer kering ni popular di Holland, tapi terlalu manis rasanya

Ternampak papan tanda ini ketika merayap sekitar Brussels


Sarapan pagi di Hotel Eurocap Brussels .Yogurt memang terbaik

Di Rome, Italia

Nasi Briyani Kambing 7 Euro

Pizza juga 7 Euro untuk 2 orang,  sekejap je dah licin

Kedai warga Bangladesh di Venice, Itali

Tak tahan tengok

2.20 Euro sepotong


Banyak kedai halal di Venice, Itali.





Sarapan pagi di Kolpinghaus, Salzburg Austria.

Pelbagai jenis pasta di Liepzig, Jerman

Sekitar jalan ini banyak kedai halal, Berlin.

Di Berlin, Jerman.



Hidangan ayam, 5.00 Euro

Shawarma Falafel, 2.00 Euro

Di Old Town Bad Hersfeld, Jerman

Panas... nak try gelato pulak



Cappucinno untuk yang mengantuk

Pasar pagi di Frankfurt, Jerman.

Sukanya hati nampak kedai ni..rindunya nak makan ayam panggang

Sedapnya, 8 Euro seekor.

Banyak kedai halal di Munchener Str.55, tidak jauh dari Hauptbahnhof, Frankfurt.



Kedai Malaysia pun ada tapi tak nak lah.

Coklat dari Switzerland

Coklat dari Jerman

Sekian cerita makan-makan di Eropah buat kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...