Jantung pisang Awak ni diambil dari laman dapur KakJee. Kali ni besar pula saiznya, maklumlah kemain lama lagi nak berbuahnya. Pokoknya sangat tinggi sehingga tak tercapai dek tangan, terpaksalah suami KakJee guna sabit untuk memotongnya.
Ni haah jantungnya |
Rugi pula kalau setakat rebus dan buat ulam, dah biasa sangat. Kali ni KakJee ambil keputusan untuk buat masak lemak cii api pula. Berdasarkan survey di FB, yang mencadangkan kerabu, masak lemak putih dan masak lemak cili api. Yang dua lagi tu dah pernah rasa.
Resipinya diubahsuai dari Negeri Sembilan di mana Kak Jee tambah lada hitam sebab ada kunyit yang sangat berkhasiat kerana di dalamnya ada kurkumin, sejenis bahan antioksidan.
Namun ianya tidak mudah diserap oleh tubuh. Penggunaan lada hitam dalam masakan yang menggunakan kunyit berfungsi untuk meningkatkan penyerapan bahan baik yang ada dalam kunyit.
Kerana lada hitam ada zat bioaktif, piperine. Bahan ini membolehkan tubuh badan mendapat khasiat yang ada dalam kunyit dengan lebih berkesan.
Resipi Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang
Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang
12-15 cili api
1 inci kunyit hidup
2 batang serai - diketuk
1 cawan santan pekat yang segar
1 helai daun kunyit
Secubit lada hitam yang ditumbuk
Garam secukupnya
Sedikit minyak untuk tumis
Sekeping asam keping jika suka
Cara buat
1.Buang lapisan merah jantung pisang sehingga tinggal warna putih sahaja.
2.Belah dua dan hiris nipis, terus rendam dalam air garam.
3.Cili padi dan kunyit ditumbuk atau kisar.
4.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai diikuti dengan bahan kisar dan kacau.
5.Ambil sedikit santan pekat untuk dijadikan santan cair dan masukkan ke dalam kuali. Kacau bagi rata.
6.Masukkan pula jantung pisang yang sudah dibersihkan, masak hingga lembut.
7.Masukkan santan pekat, garam dan daun kunyit. Kacau hingga mendidih dan pekat.
Terangkat beb, makan bersama nasi putih, sambal dan ulam raja, ikan kering dan ikan goreng. Habislah seperiuk. |
Assalamualaikum puan, saya ke sini dari buku travelog puan ke Eropah. Suka sekali saya membacanya. :)
BalasPadamWaalaikumussalam. Terima kasih atas sokongan yang diberi. Saya amat menghargainya.
BalasPadamSalam ukhuwah.