Ya pesta buku kembali lagi! Kali ini pesta buku adalah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan diadakan di Mydin Mall Seremban 2. Pekan Ilmu Publication Sdn Bhd turut serta pada kali ini dan membawa kesemua buku aku ke booth mereka.
Aku memang dah berhasrat untuk ke pesta buku setelah terlepas peluang untuk ke pesta buku negeri Perak dan Perlis yang diadakan pada bulan Julai lepas. Jarak tempat pesta berlangsung daripada 4 hingga 7 Ogos tu pun tak jauh dari rumah. Lebih kurang 1 jam lebih sedikit jika melalui lebuhraya PLUS.
Tup tup dapat pula jemputan untuk aktiviti santai, memang sahlah kena pergi kan. Dua kali juga kami ke sana. Pada hari Jumaat, 4 Ogos untuk meninjau keadaan dan suasana tempat pesta. Terus ambil kesempatan menyaksikan majlis perasmian pada sebelah petangnya, kira-kira pada pukul 3:00 petang.
|
Laluan ke ruang pesta buku. |
|
Bergambar dahulu dengan boss Pekan Ilmu, Nurul Hidayah.
|
|
Tu haah buku kita |
Sekitar majlis perasmian.
|
Nyanyian oleh jemputan. |
|
Lahu Merdeka yang menceriakan majlis. |
|
Ucapan perasmian sedang berlangsung. |
|
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' SeriAmunuddin bin Harun |
Aktiviti Santai, 7 ogos 2022
|
Di atas pentas utama. |
|
Sesi sembang santai bersama moderator, Puan Mawar dari PPAN9 |
|
Puas hati dapat memberi penjelasan berkaitan buku-buku yang sudah diterbitkan. |
|
Sahabat dari zaman sekolah rendah yang tinggal di Senawang sudi hadir menonton aktiviti santai bersama suami. Sukanya. Puan Nur Aida Abdul Hamid adalah pembeli terawal kesemua buku travelog dan antologi. |
|
Sebelah petang cik puan Rohaniah Noor, CEO Kasi Terbit dan Pemilik Mobile Book Cafe, Tuan Haji Muhamad bin Ali puan ada.
|
|
Sebelum balik bergambar dengan staf Pekan Ilmu dan Al- Ameen Serve Sdn Bhd |
Alhamdulillah majlis berjalan lancar, diharap berpeluang lagi untuk memberi sumbangan dalam siri pesta buku seterusnya. Banyak pengalaman yang diraih, semoga memberi manfaat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terutama kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang telah sudi membeli buku Travelog Arab Saudi : Winter D'Riyadh untuk koleksi perpustakaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan