Selasa, 4 Januari 2022

Visit My Malaysia - Kuala Perlis, Perlis.



BismillahirRahmanirRahim




Kami bertiga bergerak ke Kuala Perlis selepas berehat dan solat di Homestay Wadihana, Kangar. Cuaca agak mendung ditambah pula dengan waktu pun dah lewat petang menjadikan suasana agak gelap. Namun kami teruskan juga hasrat untuk menjejaki jambatan yang penuh dengan kenangan sewaktu zaman kanak-kanak.

Sesat la juga nak cari jalan masuk ke jambatan ini sebab tidak ada papan tanda. Mujur tanya orang kat situ. Ianya terletak selepas jeti lama untuk ke Pulau Langkawi. Kawasan parkir kereta pun tak banyak, jadi terpaksalah suami tunggu dalam kereta. Aku dan Saffura lah yang puas mengambil gambar dari atas jambatan, kemudian melalui kawasan perkampungan nelayan. 

Jom naik

Sejarahnya.

Penuh warna warni

Tinggi juga ni.

Nak sampai ke seberang sana.

Pemandangan dari atas jambatan memang cantik, tak jemu ambil gambar. Seperti berada di atas bangunan yang tinggi. Boleh nampak sekitarnya dengan jelas.


Kampung nelayan.

Laluan untuk ke laut  dan Jeti Kuala Perlis.

Ada bot

Perkampungan nelayan yang sudah lama usianya.

Masjid

Rumah atas air.

Kelihatan sawah yang luas didatari bukit batu kapur. Nampak laut juga.


Selamat sampai ke seberang Sungai Perlis, kami nak tengok rumah-rumah di sini yang juga dicat dengan pelbagai warna menarik.


Jumpa dataran ini sebaik melangkah turun dari jambatan.

Kreatif

Nampak jambatan kat atas tu.

Sewaktu zaman kanak-kanak, inilah laluan yang aku lalui untuk ke rumah saudara mara sebelah ayah. Antaranya adalah adik ayah yang kami panggil Teh. Pada masa tu, hanya boleh ke sana melalui jambatan. Ada titi-titi kecil yang menghubungkan satu rumah dengan rumah yang lain. Bila air pasang kawasan bawah rumah akan dipenuhi dengan air. Sekarang sudah ada laluan jalan untuk ke sana, tidak perlu lagi guna jambatan.


wow kaler pink

Tahun 70an tak ada jalan tar.

Cantik

Hai awak

Ada laman khas

Baru lepas hujan ni.

Ada info.

Menarik.

Tak tau dah saudara mara tinggal di mana.

Tepi sungai ni.

Hasrat hati nak tengok matahari terbenam, malangnya cuaca tak berapa elok. Namun kami dihadiahkan dengan warna pelangi yang indah.

Tu dia pelangi.

Dah nak senja.

Jom balik

Bot-bot nelayan menggamit memori masa lalu di mana aku pernah
dibawa sepupu menaikinya untuk pergi berkelah di sebuah pulau. Best.

Terlupa ambil gambar jambatan dari bawah. Gambar ni saya ambil dari FB Perlis Aktif.

Kami tidak terus balik ke homestay, sebaliknya ke kawasan sekitar Jeti Kuala Perlis. Banyak kedai makan dan penuh dengan pengunjung. Kereta banyak diparkir di kawasan sekitar oleh mereka yang berkunjung ke Pulau Langkawi. Kami ke kawasan pantai, menyaksikan matahari terbenam. Selepas tu kami terus sahaja berkereta, sepanjang perjalanan hanya laut yang kelihatan di sebelah kanan. Sebelah kiri pula sawah padi. Cantik. MasyaAllah.

Ramai juga orang kat sini.

Matahari pun terbenam.



Peta Negeri Perlis

Tak puas tengok laut pada waktu malam, esoknya kami berkunjung sekali lagi ke Kuala Perlis dalam perjalanan pulang ke Sungai Bakap sebaik keluar dari homestay.

Dah tutup.

Tengok laut je...air surut

Ada pulau.

Hari yang cerah.

Tak banyak pantai.

Masjid Terapung Kuala Perlis

Feri ke tu.

"Kita makan kat Ladang Nipah KIPLI, senang sikit dah on the way balik," aku beri cadangan.

"Kat mana tu," tanya suamiku.

"Kat Kuala Sanglang...tengok tu, banyak papan tanda untuk ke sana. Popular tempat ni." Aku memang dah tahu tempat ni dari perkongsian beberapa orang kawan yang pernah ke sana. Teringin juga nak tengok ladang pokok nipah.

"Okey lah."

Pagar ditutup rapat.


 Memang tak dak rezeki kami, tutup pula. Mujur ada pokok nipah kat luar, dapatlah tengok.


Buah nipah...lamanya tak makan.

Ni haah pokok nipah.

Sambung destinasi seterusnya nanti. Insya-Allah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...