Tak rancang pun nak ke The Top Penang namun terjebak juga.
Rancangan asal untuk ke Penang 3D Trick Art Museum, kena ikut jiwa muda mudi. Malangnya susah betul nak cari ruang parkir kereta.
"Kita letak kereta kat Komtar dan jalan kaki."
Tingkat demi tingkat kami naiki, ruang parkir kereta di kebanyakan paras tiada ruang kosong. Semakin tinggi asyik nampak papan tanda The Top.
"Kita pi The Top la." Ada yang beri cadangan tapi tak ingat siapa...hihi.
RM78.00 seorang rasanya dengan pakej untuk ke Rainbow Skywalk, Jurassic Park dan The Top Boutique Aquarium. Rezeki ada kad pencen, dapatlah diskaun 10%. Syukur.
Ada petugas yang mengiringi kami untuk ke tingkat 65. Di sini kami disuruh relax2 sambil lihat pemandangan sekitar Penang melalui cermin. Boleh try rasa gayat ke tak sebab ada cermin untuk lihat pemandangan ke bawah. Bolehlah pijak cermin tu dan rasa dulu.
Bila giliran tiba, kami diiringi sekali lagi untuk ke tingkat 68, kat bumbung Komtar tu la. View memang cantik tambahan pula cuaca waktu tu cerah dengan sinaran matahari atas kepala.
Jujurnya saya berjalan di atas glass walk tu untuk ambil gambar je. Memang tak pandang le pemandangan dari situ. Berdebar pun ado.
Tiba-tiba, ada sorang mamat berbadan agak besar menghentak-hentakkan kakinya di atas cermin tu. Nak ujian kekuatan cermin tu kot. Gegaran terasa sebab kawasan bercermin tu taklah luas mana.
"Awak buat apa tu bro...bahaya." Tegur suami.
"Ni bukan tempat nak buat lawak lah!" Saya pula keluarkan suara bekas cikgu yang sudah lama tersimpan.
Mamat tu pun berlalu. Kami pun cepat2 ambil gambar dan keluar...huuh panik sekejap.
Bagi yang mahu mencabar keberanian diri, boleh ke The Top Penang yang terletak di Komtar.
Sesekali biaq rasa seriau sikit, test jantung.
Jom layan gambar.
|
Perlu naik lif dua kali. |
Sekitar Observatory Deck.
|
Tinjau pemandangan ikut cermin besar. |
|
Nampak kawasan tambak laut. |
|
Area Padang Kota Lama kot. |
|
Nampak sebahagian dari Bukit Bendera |
|
Ada cermin untuk lihat suasana di bawah |
|
Boleh pijak cermin ni dan cuba try...gayat tak sebelum naik yang kat ataih tu. |
|
Nampak Jambatan 1 |
|
Kedai dan perumahan sekitar Komtar dan Penang Road |
|
Pelabuhan Pulau Pinang |
The Top / Tingkat 68
|
Sebaik keluar kita nampak restoran. |
|
View dari sini lagi best...360 darjah. |
|
Panaih lit-lit |
|
Pokok tiruan ni. |
|
Pengunjung tak ramai. |
|
Ruang santai |
|
Laluannya |
|
Laluannya |
|
Laluannya |
|
Pemandangan bawah tanpa cermin |
|
Jom... pelan-pelan jalan. |
|
Mau senyum pun suspen |
|
Beraninya |
|
Ada alas kasut khas untuk dipakai. |
|
Tu haah...cer tengok |
|
Lega...boleh senyum. |
|
Masjid Kapital Keling dilihat dari The Top. |
Selesai urusan di The Top, terus turun makan tengahari di A&W. Lepas tu tengok dinasour pulak, uiih banyak betul. Pelbagai bentuk dan saiz ada, siap ada bunyi lagi. Memang terbaik. |
Tu dia. |
|
Banyak sungguh. |
Akuariumnya tidak begitu besar tapi okey lah,
Lepas tu kami terus melalui sekitar pantai, ke Batu Ferringhi seterusnya ke Balik Pulau. Pusing satu pulau kemudian menaiki Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shahuntuk balik ke Taman Markisa. Letih juga.
|
Bye Penang...semoga jumpa lagi. |
16112021
#thetoppenang
#cutipenang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan