BismillahirRahmanirRahim
Banjir besar yang berlaku di Selangor dan seluruh negara baru-baru ini begitu mengejutkan semua pihak. Mengalir air mata tatkala melihat rakaman video melalui Youtube terutama situasi banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam dan Hulu Langat. Kejadian banjir berlaku akibat hujan yang berterusan selama tiga hari, bermula pada 17 Disember sehingga 19 Disember. Setakat ini telah mengorbankan 48 nyawa dan lima yang masih hilang.
Amaran sudah dikeluarkan namun tiada persediaan, |
Amat menyedihkan apabila mangsa banjir tidak dapat diselamatkan lebih awal dan terpaksa bertahan selama beberapa hari di tempat kejadian. Kelihatan rumah-rumah setingkat dinaiki air sehingga ke paras bumbung. Mereka terpaksa menyelamatkan diri berada di atas bumbung yang tidak dinaiki air dalam keadaan sejuk dan lapar.
Alhamdulillah penduduk di taman perumahan saya begitu prihatin akan kejadian banjir ini. Laman WhatsApp begitu aktif menyampaikan berita berkaitan banjir dengan info terkini. Gerakan untuk membantu dilancarkan seawal 19 Disember, ianya dianjurkan oleh individu, kumpulan tertentu, persatuan penduduk, yayasan dan NGO.
Syukur yang tidak terhingga, walaupun kami tidak begitu kenal dan jarang bertemu. Kesedihan dan keinginan untuk membantu terutama untuk penduduk kawasan Hulu Langat begitu menebal. Disebabkan mangsa hanya tinggal sehelai sepinggang jadi bantuan berbentuk pakaian dimohon segera disamping bantuan kewangan.
Ada individu yang terlibat secara terus memohon selimut, bantal, tuala, toto, kain batik, kain pelikat dan telekung. Sesetengah situasi, apa yang ada selagi elok dan tidak koyak rabak kami hulurkan kerana ianya amat diperlukan. Biarlah untuk sementara, menanti bantuan yang lebih baik dengan yang baharu dibeli nanti.
Dalam hal ini saya amat sedih kerana tidak memiliki stok kain batik untuk diberi. Sebab saya memang tak pakai kain batik di rumah, asyik terjatuh sahaja. Walaupun nampak kain batik ni murah dan biasa sahaja namun di saat kecemasan ianya amat diperlukan. Kebetulan ada iklan di FB yang menjual kain batik dari Terengganu dengan harga yang berpatutan. Saya tidak melepaskan peluang untuk membeli dan simpan buat masa akan datang.
Pastinya saya teramat sedih melihat kerosakan yang berlaku akibat banjir terutama di Hulu Langat. Tempat ini begitu dekat dengan kami kerana kami kerap ke sana sebelum PKP. Kami akan beli kuih putu piring di pekan Batu 18 kemudian duduk berhampiran sungai untuk menikmatinya kewaktu ianya masih panas. Sehingga hari ini saya tidak ke sana lagi, antara alasannya ialah tidak mahu menganggu keadaan jalan yang masih sibuk.
Banjir lumpur ni. |
Bantuan untuk membersihkan rumah dihulurkan. |
Semoga mangsa banjir tabah. |
Antara langkah berjaga-jaga selepas banjir. |
Walau apa punca kejadian banjir besar ini, ramai yang berpendapat kita kena jaga kita. Pelbagai isu yang timbul yang menyebabkan ramai merasa tidak puas hati. Sebagai individu, kita juga perlu membuat persediaan awal. Banyak tulisan yang dikongsikan apakah persediaan yang mesti ada. Antaranya adalah beg keselamatan serta isinya. Idea yang bagus.
Letak di tempat yang mudah dilihat dan dicapai. |
Ada lagi :-
- Jika mampu beli bot atau life jacket
- Jika disuruh pindah, ikut sahaja pasukan penyelamat. Jangan berlengah.
- Takaful rumah dan kenderaan yang meliputi kejadian bencana alam seperti banjir.
- Ambil perhatian ramalan kaji cuaca.
- Saling menjaga kebersihan kawasan perumahan terutama sampah agar tidak menghalang aliran air.
- Kenal pasti tempat selamat dan tempat perlindungan jika berlaku bencana.
-Jangan redah air banjir kerana kedalamannya tak dapat dijangka.
- Bekalan makanan kering mesti sentiasa ada terutama jika musim banjir.
- Sebaiknya ada ilmu menyelamat agar dapat menyelamatkan orang lain.
Didoakan mangsa banjir diberi kemudahan untuk pulih kembali walaupun dilaporkan ada rumah yang telah hanyut. Besar sungguh ujian buat mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan