Ahad, 19 Disember 2021

Rasa Dapur KakJee (404) - Sup Cendawan Tiram

BismillahirRahmanirRahim



Didoakan semua rakyat Malaysia yang terlibat dengan banjir agar diberi kekuatan untuk menghadapi ujian kali ini. Walau dimana juga mereka berada kita doakan agar diganti apa juga yang hilang dengan yang lebih baik. Jika berpeluang menghulurkan bantuan dari segi kewangan atau tenaga, itulah yang terbaik. Tidak perlu menyindir atau memberi nasihat yang bukan-bukan.

Sudah tiga hari rasanya hujan turun tanpa berhenti, sekejap lebat kemudian perlahan. Suhu pun terasa sejuk, terasa nak makan sup hari-hari. Semalam KakJee buat sup ikan tenggiri, hari ni buat sup cendawan pula. Kebetulan suami beli cendawan tiram agak banyak, satu pek besar. Jom tengok resipinya.

Resipi Sup Cendawan Tiram.
Bahan-bahan:
1/2 pek cendawan tiram (250g)
1 pek baby corn
Sedikit lobak merah
Bebola ikan
4 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar dibelah 4
1 sup bunjut jenama  Adabi
Sedikit cili padi
Sedikit daun bawang-dihiris
Sedikit daun sup- dihiris
Garam secukupnya
1 sudu minyak zaitun
Sedikit bawang goreng

Cara Membuatnya
1.Panaskan minyak dan masukkan bawang puith. Kacau sehingga sedikit kekuningan. Masukkan bawang besar dan lobak merah. Kacau sekejap dan masukkan air secukupnya.
2.Masukkan bunjut sup dan biarkan mendidih. Masukkan pula garam, jagung, cili padi dan bebola ikan.
3.Setelah lobak merah dan jagung lembut, masukkan cendawan tiram. Kacau sehingga mendidih dan tutup api.
4.Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
 


Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...