BismillahirRahmanirRahim
Masak Kari Hijau Ayam ala Thai ini ada banyak versi. Ada yang memasukkan daun selasih,
belacan, sos ikan dan terung pipit. Resepi yang aku sediakan ini agak mudah kerana tidak
menggunakan bahan-bahan tersebut. Ada warna hijau dan rasanya sedap. Seronok apabila
pujian.
Resepi Kari Hijau Ayam
Bahan2:
Bahan Kisar(rempah)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
6 biji cili hijau (boleh campur cili padi jika nak pedas)
4 pokok daun ketumbar (bersama akarnya)
4 helai daun limau purut
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1/2 ekor ayam dipotong ikut saiz yang dikehendaki
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kari ayam jenama Adabi
1 keping asam gelugur
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 biji tomato
1 biji bawang besar (belah 4)
Garam
Gula
Minyak
Cara Membuatnya:
1.Panaskan kuali dan masukkan bahan yang dikisar bersama jintan manis, serbuk
kari, asam gelugur,gula dan garam. Kacau hingga pecah minyak.
2.Masukkan santan pekat dan masak selama 5-6 minit sehingga pecah minyak.
3.Masukkan ayam dan air. Kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
4.Masukkan tomato yang dibelah dan bawang besar. Perlahankan api dan biar hingga
bawang lembut.Tutup api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan