Sabtu, 5 Januari 2019

Rasa Dapurku (292) - Kuih Tepung Boko Ubi Kayu



BismilahirRahmanirRahim




Sejenis kuih yang menjadi viral di laman FB sepanjang cuti sekolah 2018. Teringin pula untuk merasanya, pasti sedap sebab ada ubi kayu di bawahnya. Berasal dari Kelantan rupanya kuih ini tapi kenapa nama Boko?

Kebetulan ada sedikit ubi kayu yang sudah siap diparut lebihan kuih talam ubi kayu yang aku  buat minggu lepas. Bahan-bahan lain pun memang sudah ada dalam simpanan, boleh buat untuk berbuka puasa. 

Rasanya memang sedap, lebih-lebih lagi selepas ianya disejukkan. Nyaman je apabila melalui ruang tekak. Ada 3 warna pilihan iaitu warna gula merah, hijau atau kuning. Resepi diambil dari Zaimah Zakaria yang diambil dari FB Masak Apa Hari Ini dengan sedikit ubah suai.

Resepi Kuih Tepung Boko Ubi Kayu
Bahan2:

Bahagian bawah
1 cawan ubi kayu yang diparut 
1 cawan gula merah*
1 cawan air*
1 helai daun pandan*

Cara Membuatnya:
1.Bahan * dimasak hingga gula larut, ditapis dan disejukkan.
2.Campurkan ubi kayu dan bahan *, gaul supaya rata.
3.Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan kukus hingga masak (25 minit)
   ATAU masak di dalam kuali sambil dikacau sehingga masak.

Siap kukus
Kepala santan (atas)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
3 susu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula (pilihan)

Cara Membuatnya:
1.Masukkan semua bahan di atas ke dalam sebuah periuk. Kacau supaya semua larut
   dan sebati.
2.Masak dengan api perlahan sambil dikacau sehingga pekat.
3.Tuang di atas bahagian ubi kayu tadi.
   ATAU sendukkan bahagian ubi kayu ke dalam mangkuk dan tuang kepala santan ketika
              mahu makan.


Boleh simpan dalam peti sejuk.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...