Khamis, 24 Januari 2019

Rasa Dapurku (297) - Kuih Cara Jagung


BismillahirRahmanirRahim




Kuih Cara Pandan dan Kuih Cara Berlauk memang biasa didengar. Apabila terlihat resepi Kuih Cara Jagung di ruang Telegram, nampak macam sedap aje. Apa lagi rasa semangat untuk mencuba. Sedap pula rasanya. Cubalah.

Resepi Kuih Cara Jagung
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat/ susu segar
3 cawan air
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna saffron ( boleh guna pewarna kuning)
1 susu besar minyak masak
1 biji telur
1 cawan isi jagung (segar atau yang dalam tin)
Gula perang  secukupnya (boleh guna gula putih)

Cara Membuatnya:
1.Masukkan semua bahan di atas kecuali jagung dan kisar dalam blender hingga sekata.Tapis.
2.Campurkan isi jagung dan kacau biar sekata.
3.Panaskan acuan bahulu, sapukan minyak dan tuang adunan di dalam acuan sehingga
   hampir penuh. Masukkan gula perang di tengahnya. Tutup dengan tutup periuk.
4.Biarkan sehingga masak dan keluarkan dari acuan. Ulang hingga habis adunan.
5.Jika mahu hasil yang lebih cantik, gunakan api perlahan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...