BismillahirRahmanirRahim
Resipi asal adalah Super Moist Chocolate Cake oleh Sugu Pavitra. Kaedah menyediakan kek ini saling tak tumpah seperti resipi pemberian Kak Tina lama dahulu. Sewaktu tinggal di Kuantan, KakJee kerap membeli kek coklat daripada Kak Tina, memang sedap sangat. Bila KakJee diarahkan pindah ke Kuala Lumpur, resipi tersebut menjadi hadiah perpisahan.
Pernah beberapa kali menyediakannya untuk jamuan Hari Raya buat rakan-rakan sekolah. Pastilah mendapat pujian. Memang moist gitu. Namun resipi tersebut hilang. kakJee sudah mencuba pelbagai resipi lain namun hasilnya tidak sama. Mujur termenonton Youtube Sugu Pavitra.
Dah dua kali KakJee buat, kali pertama secara kukus. Kali kedua KakJee bakar. Hasil kedua-duanya tetap sedap dan disukai semua. Kek ni kurang manis jadi jika mahu sedap letak topping.
Ni yang takde toping. |
Bahan2:
Untuk satu adunan (bekas 5x5) atau 22 bekas cup cake
Bahan A
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan minyak masak (guna mentega yang dicairkan)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar (resipi asal guna susu perisa coklat)
1/2 tin susu pekat
Semua bahan di atas dimasukkan ke dalam periuk, dipanaskan dan dikacau sehingga semua bahan larut. Sejukkan.
Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikabonat
Semua bahan di atas disatukan dan diayak
Bahan C
4 biji telur
Telur dikisar sehingga berbuih.
Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan A ke dalam sebuah bekas yang sesuai.
2. Tambah sedikit tepung ke dalam bancuhan koko dan kacau.
3. Tambang sedikit telur dan kacau.
4. Ulang hingga habis. Sebaiknya mulakan dan akhirkan dengan tepung.
5. Tuang ke dalam acuan pembakar yang telah disapu mentega atau ke dalam bekas cup cake.
6. Kukus sehingga masak. Atau bakar pada suhu 180 darjah celsius sehingga masak.
7. Jika guna bekas cup cake, mengambil masa lebih kurang 15 minit.
Toping Coklat
75 gram whipping cream
85 gram snek coklat Beryl's
1 sudu kecil mentega
1. Campur semua bahan di atas dan biarkan larut secara double boiler.
2. Tuang di atas kek.
3. Latakkan di dalam peti sejuk dalam 15 minit, keluarkan.
Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan