BismillahirRahmanirRahim
Resipi ini datang secara tiba-tiba aja. Ada sekeping ikan Salmon, biasanya KakJee bakar sahaja. Bila tengok resipi di Google, lebih kepada masakan Barat. Jarang beli ikan ini, setahun dua atau tiga kali sahaja. Pernah dibuat gulai, memang sedap rasanya.
Terus KakJee terfikir untuk buat masak kicap, sedap pulak aih.
Mudah sahaja untuk disediakan.
Resipi Salmon Masak Kicap
Bahan:
Sekeping Ikan Salmon
1 inci halia dihiris
1/2 biji bawang Holland dibelah ikut suka
2 ulas bawang putih dihiris
Sedikit kicap masin
Sedikit kicap manis
1 biji cili merah dihiris
1 bijibuah tomato dibelah
1 tangkai daun bawang dihiris
1 tangkai daun sup
Sedikit lada hitam
Garam
Minyak masak
Cara Membuatnya:
1.Lumurkan garam dan lada hitam ke seluruh permukaan ikan. Biarkan 15
minit.
2.Masak dengan sedikit minyak. Angkat.
4.Masukkan 1/2 cawan air, kicap manis, kicap masin dan garam jika perlu. Biar mendidih.
5.Masukkan pula ikan, cili dan tomato. Biarkan sehingga agak sebati. Masukkan daun bawang dan daun sup. Tutup api.
6.Boleh dihidangkan bersama nasi putih.
Selamat Mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan