Selasa, 8 Jun 2021

Rasa Dapur KakJee (381) - Lala Masak Cili

BismillahirRahmanirRahim



Masya-Allah cepatnya masa berlalu, sudah masuk bulan Jun. Maaflah  buat mereka yang ternanti-nantikan posting terbaharu daripada KakJee.

Hari ini KakJee nak kongsikan resipi Lala Masak Cili, ada yang panggil Siput Retak Seribu ya. Ini kali kedua suami KakJee beli atas permintaan Saffura, yang mula sukakan siput ini selepas menikmati hidangan steambot di rumah Mak Long Aishah. Tak alergik pula. Jika makan udang, cepat sahaja tangannya gatal.

Kali ini KakJee cuba resipi Che' Nom tapi seperti biasalah KakJee ubah suai ikut apa yang ada kat dapur. Terutama penggunaan sos tiram, kat rumah KakJee memang takde sos tiram. Yang lain tu ikut je apa yang diberi dalam resipi Che'Nom iaitu Lala Masak Pedas.

Resipi Lala Masak Cili
Bahan2:
1 kg lala - dibasuh dan rendam  untuk buang kekotoran, bilas dan toskan
4 biji cili merah*
8 biji cili padi*
1 inci halia*
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putin*
bahan * dikisar halus
2 sudu cili sos
Sedikit sos ikan
1 batang serai diketuk
Minyak masak secukupnya
4 helai daun limau purut
Garam secukupnya

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dan kacau sehingga wangi.
2.Masukkan serai, sos cili, sos ikan dan kacau.
3.Masukkan lala, daun limau purut dan sedikit air. Perisakan dengan garam, gula (pilihan) dan air asam (pilihan).
4.Angkat dan hidangkan.

Lala ni sedap juga jika dimasak dengan serai sahaja. (Resipi sepupu Puan Maznah Abdul Malek)
Juga boleh dimasak dengan tumis bawang, cili, serai dan letak sekeping asam gelugur dengan sedikit air (resipi Puan Werdaah Abdul Halim)
Mestilah sedap jika dibuat steambot.

Selamat Mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...