BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillah diizinkan Allah SWT untuk meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-30. Semoga Allah melindungi ikatan perkahwinan ini dan kekal di dunia hingga ke syurga. Aamiin.
Pada tarikh 27 Februari 2021, kami memilih De Wan 1958 by Chef Wan Bangi untuk meraikan hari penuh bermakna. Namun kami perlu membuat tempahan terlebih dahulu secara online. Restoran ini terletak di Bangi Resort Hotel dahulunya dikenali sebagai Hotel Equatorial Bangi.
Kami memilih tempat ini kerana mahukan privasi, maklumlah kita masih lagi dalam PKPB. Tidak dibenarkan merentas daerah apa lagi negeri. Mujurlah rumah kami berada di dalam daerah yang sama iaitu Hulu Langat jadi tidak timbul masalah merentas daerah.
|
Di depan restoran |
|
Laluan masuk ke restoran, dihias indah.
|
|
Potrait Chef Wan menjadi haisan di dinding. |
|
Susun atur di dalam restoran
|
|
Tak marah aih....hihi |
|
Susun atur di setiap meja
|
|
Rempeyek yang sedap disediakan sementara menunggu hidangan lain |
|
Berkenan betul dengan cawan comel ni.
|
Petugas sangat peramah, melayan kami untuk mengambil pesanan sambil berbual hal-hal berkaitan dengan restoran yang baru dibuka di Bangi ini. Sepanjang masa kami ditemani berbual termasuk pengurusnya. Tidak pernah merasa situasi ini di tempat lain.
Chef-chef yang menghidangkan makanan juga amat peramah dan bertegur sapa dengan kami.
|
Menu memang banyak dan harganya pun boleh tahan. Harga Kayangan. |
|
Ini menu yang kami pilih untuk tiga orang tapi kena bayar tambahan untuk nasi. Ingatkan tak cukup, jadi kami ambil menu tambahan. |
|
Kerabu Pamelo ni memang sedap diratah begitu sahaja. Limau bali dengan rasa manis, pedas dan masam yang enak. |
|
Appetizer satay memang tak cukup jadi kami minta tambahan.
|
|
Ayam Pencok
|
|
Udang Lemak Nenas
|
|
Ikan Bakar ni memang best |
|
Bendi Berempah. Digoreng bersalut tepung, rangup.
|
|
Satay tambahan |
|
Sup Kambing (tambahan) |
|
Nasi ada 3 jenis |
|
Semua yang diminta. Banyak la pula, jenuh nak habiskan.
|
|
Bubur Som-som sebagai pencuci mulut
|
|
Yam Sago pencuci mulut juga. |
Alhamdulillah semuanya sedap. Dapatlah saya pelajari resipi baharu serta cara menghidangkan makanan. Maklumlah sudah agak lama tidak makan di restoran. Walaupun harga agak mahal iaitu RM200 ++ untuk tiga orang, namun saya berpuas hati. Okey la tu setahun sekali meraikan hari istimewa. Saya suka tempat ini kerana suasananya begitu selesa.
Sebelum pulang saya beli mangkuk tingkat atau mangkuk sia yang berharga RM60+ buat kenangan. Terima kasih Encik suami yang sudi melayan permintaan kami.
|
Antara barangan yang boleh dibeli. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan