King Abdul Aziz Historical Centre
Muzium ini terletak di dalam kawasan King Abdul Aziz Historical Centre yang merupakan tapak Murabba Palace yang dibina pada tahun 1936/37 oleh King Abdul Aziz. Dibuka pada tahun 1999, dibangun di tanah seluas 17,000 meter persegi dan luas keseluruhan 28,000 meter persegi. Tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi.
Pintu utama ke King Abdul Aziz Historical Centre. Kenderaan bebas memasuki kawasan ini. Banyak kawasan parkir kereta disediakan. |
Sekitar kawasan King Abdul Aziz Centre |
Bangunan King Abdul Aziz Foundation for Research and Archives dari tepi. |
Pintu masuk utama muzium |
Sekitar bahagian depan muzium |
Kawasan lapang di depan muzium dan bangunan King Abdul Aziz Foundation. Orang ramai memenuhi setiap ruang semenjak petang. Kawasan ini padat dengan orang ramai yang berkelah sehingga malam. |
Berdekatan dengan kaunter jualan tiket. SR10 untuk dewasa, kanak-kanak percuma |
Orang tidak ramai di dalam muzium berbanding dengan kawasan sekitar muzium. Muzium dibuka pada pukul 4.00 petang untuk famili. |
Meteorite yang jatuh di Empty Quaters menjadi penyambut tetamu di ruang masuk pameran muzium. |
Popular di mana-mana muzium di dunia |
1.Galeri Manusia dan Penciptaan
Meterorite yang ditemui di Run'al Khali menjadi tarikan utama.Ianya dikatakan jatuh di Arab Saudi.
Tayangan berkaitan sistem solar, keadaan geografi semenanjung Arab dan perkembangan flora dan fauna.
Mini theatre dengan skrin yang besar dan canggih disediakan untuk tayangan sistem solar. Rangka dinosour turut dipamerkan.
Khazanah bumi milik Arab Saudi selain minyak turut dipamerkan seperti emas, bauksit dan sebagainya. |
Memaparkan Kerajaan Arab lama.
Tulisan di batu |
3. Galeri Zaman Jahiliah
Fokus kepada keadaan di Semenanjung Arab pada zaman sebelum kedatangan Islam. Tumpuan kepada
beberapa bandar utama seperti Mekah, Jarash, Yathrib,Khaibar, Najran dan banyak lagi. Kaligrafi dan
tulisan berkaitan turut dipamerkan
Perkembangan Bahasa Arab |
Rehat kejap tengok unta |
Al Quran tulisan tangan |
4. Galeri Rasulullah s.a.w
Kehidupan dan Misi Rasulullah s.a.w dipaparkan termasuk susur galur keturunan Rasulullah s.a.w. Malang sekali tidak kelihatan barang-barang milik Rasulullah s.a.w seperti yang dilihat di Istanbul.
Laluan hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah |
5.Galeri Islam dan Semenanjung Arab
Berkisar kepada sejarah awal Islam di Madinah di zaman Rasulullah s.a.w. Bersambung kepada zaman pemerintahan 4 khalifah Islam, Kerajaan Abbasiyah, Kerajaan Umaiyyah sehingga kepada Kerajaan Othamaniyyah.
Perang Badar |
Perang Uhud |
Perang Khandak |
Perkembangan Islam |
Perkembangaan Islam |
Ayat2 Al Quran ditulis di batu dan tulang |
Contoh syiling di zaman pemerintahan Islam |
Sejarah pembentukan awal negara Arab Saudi yang bermula di Diriyah dalam dua fasa.
Model rumah-rumah di Diriyah |
Model Negeri Diriyah di sebalik cermin lutsinar |
Sejarah Terdirinya Kerajaan Arab Saudi
Sejarah pembentukan negara Saudi bermula apabila seorang ulama, Muhammad bin Wahab berhijrah ke Diriyah lalu bergabung dengan pemerintah Diriyah ketika itu yang bernama Muhammad bin Saud pada abad ke 18
Muhammad bin Wahab mengajar pemahaman Islam di kalangan masyarakat yang kini dikenali sebagai aliran Wahabi. Seterusnya menambahkan pengaruh serta pengikut kepada Muhammad bin Saud. Ianya juga meningkatkan kekuatan ketenteraan Diriyah sehingga mampu meluaskan kawasan pemerintahannya. Kekuatan pemerintahan disambung oleh keturunan Muhammad bin Saud sehingga mampu menakluki Mekah dan Madinah pada abad ke 19. Ketika ini seluruh Arab adalah dibawah pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah yang berpusat di Mesir di bawah penguasa bernama Ali Pasha. Akhirnya Diriyah jatuh ke tangan anak Ali Pasha bernama Ibrahim Pasha pada tahun 1818. Keluarag Saud dan sekutunya ada yang ditangkap dan ada yang melarikan diri.
Cucu Muhammad bin Saud bernama Turki bin Abdullah mendirikan negara baru bernama Emirat Nejd. 1824 mereka berjaya mengalahkan pasukan Mesir dan menakluki Riyadh lalu dijadikan ibukota Nejd yang baru. Berlaku perjanjian damai antara Mesir dan Nejd dengan pembayaran upti dari pihak Nejd. Turki dibunuh oleh sepupunya Faisal kerana tidak bersetuju membayar upti. Faisal dipenjarakan. Mesir menghantar Khalid bin Saud bin Abdul Aziz menjadi pemimpin baru Nejd namun ditumbangkan oleh sepupunya Abdullah bin Thunayan pada tahun 1841. Kemudian Faisal berjaya melarikan diri lalu membunuh Abdullah dan kembali berkuasa.
Tahun 1865, Faisal meninggal dunia dan berlaku konflik perebutan takhta lalu melemahkan kekuatan Najd.Emirat Al-Rasyid menakluk Riyadh pada tahun 1891 dan berakhirlah Emirat Nejd. Abdul Rahman bin Faisal, pemerintah Nejd melarikan diri ke Kuwait. Namun sentiasa mencari peluang untuk kembali.
Tahun 1902, anak Abdul Rahman benama Abdul Aziz berjaya menguasai Riyadh kembali, lalu disokong oleh saki baki keturunan Nejd. Hasrat untuk mengembalikan Emirat Nejd diteruskan. Berlaku konflik antara Emirat Al Rasyid yang dibantu kerajaan Uthmaniyyah. Seterusnya pasukan Najd berjaya menguasai Wilayah Qassim. Seterusnya Emirat Najd bekerjasama dengan kerajan Inggeris yang juga sedang berkonflik dengan kerajaan Uthmaniyyah. Tahun 1921 seluruh Emirat Al Rasyid ditakluki pasukan Najd seterusnya kerajaan Hijaz di pantai barat pada tahun 1925. Kemudian Madinah dan Mekah. Pada tahun 1930an semua Jazirah Arab dikuasainya.
Tahun 1932 Ibnu Saud menamakan negaranya sebagai Kerajaan Arab Saudi, lahirlah negara moden Arab Saudi. Abdul Aziz menjadi raja pertama.
Memaparkan bagaimana King Abdul Aziz memainkan peranan dalam membentuk kerajaan Arab Saudi.
Sejarah perjuangan King Abdul Aziz dalam menakluki Riyadh dan mentadbir negara baru yang dibentuk.
Gambar dan model berkaitan ditunjukkan temasuk tayangan gambar di dalam sebuah mini auditorium
yang amat selesa.
yang amat selesa.
Kehidupan golongan badwi |
Pelbagai contoh binaan bangunan turut diadakan. |
Semuanya berkaitan dengan Mekah dan Madinah. Pelbagai replika juga bahan sebenar dipaparkan.
Model Kota Mekah - Kedudukan Masjidil Haram, Jabal Noor dan sebagainya |
Model Masjidil Haram setelah siap pembesarannya. |
Model Masjid Nabawi |
Testimoni berkaitan Ibnu Batutah |
Tempat-tempat menarik di Arab Saudi untuk dilawati. |
Tiket masuk. |
Waktu Melawat:
Untuk keluarga : Ahad - Khamis pada pukul 12.00 - 2.00 dan 4.00- 8.00
(kecuali hari Ahad waktu 4.00-8.00 ditutup untuk maintenance)
Waktu pagi khas untuk pelajar sekolah.
Jumaat hanya dibuka pukul 4.00 - 8.00
Sabtu 9.00 - 1.00 dan 4.00 - 8.00
National Museum Riyadh memang berbaloi untuk dilawati. Banyak maklumat berguna dan perkara menarik boleh didapati di sini. Suasana di dalamnya begitu tenang dan lapang kerana tidak begitu ramai orang di dalamnya walau pun pada hujung minggu. Maklumat yang disampaikan begitu menarik, moden, penuh dengan informasi dan dikendalikan dengan begitu baik. Muzium terbaik yang pernah aku lawati buat masa ini.
Betul-betul di depan bangunan muzium ialah bangunan King Abdul Aziz Foundation. Sebenarnya kami hanya sekadar mahu melihat pameran kereta milik King Abdul Aziz sahaja. Rupanya terdapat bangunan khas yang menyimpan pelbagai barang milik King Abdul Aziz di sini.
Bangunan King Abdul Aziz Foundation dibuka kepada orang ramai secara percuma bermula pukul 6.00 malam (winter) |
Di tingkat bawah
King Abdul Aziz dilahirkan di Riyadh (1880-1953) dikenali sebagai Ibn Saud.Pada tahun 1890 bersama keluarganya diusir ke Kuwait. Menggantikan ayahnya Abdul Rahman bin Faisal sebagai ketua dinasti Saud dengan gelarann Sultan Nejd. Bersama 22 orang telah berjaya membunuh gabenor Rasyidi dan menakluk Riyadh pada tahun 1902. Seterusnya berjaya menawan Kota Mekah daripada Shariff Hussein ibn Ali dan menabalkan diri sebagi Raja Arab Saudi pada tahun 1932 dengan sokongan pihak British.Minyak ditemui pada tahun 1938 dan Ibn Saud memberi kebenaran kepada syarikat Barat untuk mencarigali miyak. Keuntungan diberi kepada keluarga Saud seterusnya wang tersebut diguna untuk memperbaiki kehidupan rakyat bagi negara baru yang ditubuhkan.Penganti King Abdul Aziz yang merupakan anak-anaknya seperti berikut;
1. King Saud (1953-1964)
2. King Faisal (1964-1975)3. King Khalid (1975-1982)
4 .King Fahd (1982-2005)
5. King Abdullah (2005-2015)
6. King Salman (2015-)
Family tree Keluarga Ibn Saud |
Lukisan yang menjadi tumpuan ramai |
Meja dan kerusi pejabat King Abdul Aziz |
Antara barang peribadi King Abdul Aziz- pinggan bersalut emas diepinya. Jam, beg kerja, pakaian, kasut dan sebagainya turut dipamerkan. |
Di tingkat 1- Koleksi gambar King Abdul Aziz.
Gambar-gambar kenangan pelbagai aktiviti King Abdul Aziz bersama keluarga, rakyat dan pembesar seluruh dunia.
King Abdul Aziz ketika berusia 34 tahun |
Gambar Mekah pada tahun 1888M |
Di tingkat paling bawah - Koleksi kereta King Abdul Aziz
Teruja |
zias/riyadh/15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan