Ahad, 6 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (92) - Puding Karamel (Tanpa Telur)


Hidangan pencuci mulut yang cukup popular di Riyadh. Kebanyakan restoran menawarkannya. Puding Karamel siap untuk dimakan juga mudah dibeli di kedai atau Mall dengan harga serendah SR1 satu. Sewaktu bulan Ramadhan Puding Karamel segera dijual dengan banyaknya. Mudah menyediakannya, hanya perlu menambah susu segar ke dalam serbuk yang disediakan dan dipanaskan sekejap. Lalu dituang ke dalam bekas yang diisi dengan gula karamel yang turut disertakan bersama di dalam bekas berasingan. Pelbagai jenama boleh dibeli. Dari situ aku tahu Puding Karamel yang disediakn tidak menggunakan telur sebaliknya diganti dengan gelatin/serbuk agar-agar. Kebetulan aku melihat resepi Puding Karamel Tanpa Telur ini di FB lalu mencubanya. Hasilnya begitu memuaskan.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Puding Karamel
Bahan2:
4 sudu besar gula pasir(untuk sediakan karamel)
10 g serbuk agar-agar (1 paket agar-agar)
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair (ganti dengan susu segar)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuatnya:
1.Tabur gula pasir ke dalam loyang, guna api kecil dan masak 
    sehingga gula perang, ratakan keseluruh loyang.Biarkan.

2.Masukkan semua bahan yang selebihnya ke dalam periuk.
   Kacau selalu di atas api sederhana(supaya tepung tidak bergentel)
   Biar mendidih dan pekat.


3.Tutup api, tapis dana tuang atas loyang yang diisi dengan gula
    hangus. Simpan di dalam peti sejuk.
   

Setelah disejukkan dan dikeluarkan dari loyang

Siap untuk dihidang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...