Rehlah - Hofuf (1)
Awal Disember kami ke Al Ahsa, daerah terbesar bagi Kerajaan Arab Saudi yang terletak di Eastern Province. Juga disebut dengan nama Al Hasa, nama diberi sempena oasis Al Ahsa. Oasis terbesar di dunia dan memiliki ladang kurma terbaik di dunia. Ibu negeri daerah ini ialah Hofuf. Daerah ini juga terkenal dengan kehadiran padang pasir yang luas iaitu Empty Quaters, tempat tersimpannya sumber minyak terbesar di dunia. Ianya juga menghubungkan Arab Saudi dengan negara yang kaya dengan sumber minyak lain seperti Oman, UAE dan Qatar.
|
Diambil dari Wikipedia |
Kami melalui lebuh raya Riyadh -Damman dan keluar ke persimpangan Sa'ad . Jarak Riyadh ke Hofuf ialah 337 km (3 jam 5 minit) mengikut map. Seterusnya melalui Khurais. Melepasi simpang di Sa'ad kelihatan kawasan pasir yang diliputi pasir berwarna merah/oren yang sangat luas dan cantik di sebelah kiri. Di sebelah kanan juga dipenuhi dengan padang pasir . Tidak ada rumah atau tempat tinggal kelihatan. Sesekali ternampak khemah kecil dan kereta menandakan ada yang berkhemah di situ. Aku masih belum jemu melihat padang pasir yang luas setiap kali di dalam perjalanan jauh. MashaAllah , rupa bentuk padang pasir dan pasirnya pasti ada kelainan bagi setiap daerah yang pernah aku sampai. Sukar untuk aku ceritakan tapi itulah realitinya.
Biasanya aku mengambil gambar papan tanda dari dalam kereta, tapi kali ini suamiku sudi berhenti sekejap di tepi jalan. Kenderaan tidak banyak di jalan raya jadi dengan mudah kami dapat berhenti seketika. Seronok tidah terkata, jadi aku pun mengambil gambar di sekitarnya. Red sand di sini kelihatan begitu bersih dan aku berharap dapat berkunjung ke sini lagi kerana pemandangannya tersangat la cantik.
Kami meneruskan perjalanan, sebelum tiba di Khurais kami berhenti di kawasan R&R. Satu-satunya kawasan rehat di sepanjang jalan tersebut. Suamiku ditegur oleh seorang warga Arab Saudi yang juga berhenti di situ kerana suamiku membasuh tangan menggunakan air dari botol yang dibawa di depan masjid berdekatan parkir. Pak cik tersebut menunjukkan arah ke tandas kepada suamiku. Suamiku sekadar menganggukkan kepala dan memberi senyuman kepadanya. Tidak faham apa yang dikatakannya. Saat yang amat menyeronokkan muncul secara tiba-tiba apabila sekumpulan unta melintasi jalan raya. Semua kenderaan memperlahankan kereta masing-masing. Pertama kali kami bertemu dengan peristiwa ini, ...sukanya kami. Bilangannya memang banyak , mencapai hampir 50 ekor.
Akhirnya tiba di Hofuf sekitar pukul 10.30 pagi, perut terasa lapas. Terus mencari tempat yang sesuai untuk menikmati nasi lemak yang aku sediakan. Kami makan di taman berhampiran pagar King Faisal University.
Sekitarnya terdapat mall, hotel dan kedai makan. Namun kami tidak mahu lama di situ kerana keadaan cuaca yang agak sejuk dan berangin.
Tiba di Al Rahaba House Apartment (SR495, semalam) sekitar pukul 11.10 pagi dan kami dibenarkan masuk ke bilik. Bilik hotelnya amat selesa ditambah pula dengan suasana yang amat sunyi kerana tidak ramai penghuni. Kami juga dihidangkan juadah untuk sarapan pagi yang diberikan sehingga pukul 11.30 pagi sebaik sahaja masuk ke bilik.
|
Jangan tak tahu ... febret aku ni. Labneh dan kacang pool yang sedap. |
|
Ruang tamu yang luas |
|
Dapur yang turut dilengkapi pinggan mangkuk. |
|
Bilik tidur utama yang selesa. |
|
Bilik tidur kedua |
|
Dilengkapi dengan keperluan diri seperti di hotel 5 bintang |
|
Bangunan hotel |
|
Villa jirang di sebelah hotel |
"Kita pernah datang sini tahun lepas." Suamiku mengingatkan kami.Ketika itu kami mengikut Tn Hj Mohd Kamal sekeluarga untuk melihat Pesta Kurma 2014. Malangnya kami tidak bertemu dengan tempat di mana berlangsungnya pesta tersebut. Puas kami mengelilingi sekitar bandar dan pinggir bandar Hofuf namun tidak ditemui. Maklumlah semuanya ditulis di dalam bahasa Arab. Akhirnya kami memasuki kawasan kilang yang sibuk dengan aktiviti memproses buah kurma. Kami tidak dibenarkan masuk ke kawasan kilang tersebut. Ketika itu terasa Hofuf tidak sebesar yang kami lihat sekarang. Akhirnya kami pulang dengan rasa kecewa.
Selepas Zohor kami keluar untuk mencari tempat terletaknya Jawatha Mosque. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan kebun kurma yang teramat luas. Seolah tiada sempadan, keluasannya sama seperti luasnya ladang kelapa sawit yang terdapat di tanah air.
|
Kotor kan.. |
"Rasa macam kat Sabak Bernam la pulak." Komenku terpegun melihat pokok kurma yang besar dan tinggi menjulang. Tidak seperti di daerah lain kawasan pokok kurma agak kecil dan jauh dari laluan kawasan bandar. Seperti biasa pokok-poko kurma disempadani dengan tembok tinggi dan kelihatan villa di dalamnya. Menariknya di tengah-tengan jalan terdapat terusan air yang dibina memanjang sepanjang jalan raya. Kemudian di kiri kanannya penuh dengan pokok kurma. Malangnya terusan tersebut begitu kotor dan penuh dengan sampah sarap. Warna airnya yang hampir gelap membuatkan aku malas untuk mengambil gambarnya. Di tambah pula dengan keadaan jalan rayanya yang agak tidak selesa kerana sedang di dalam pembinaan untuk dinaik taraf.
|
Gambar lama - terusan air suatu masa dulu |
|
Gambar lama - Hofuf kaya dengan sumber air |
Akhirnya kami bertemu kawasan di mana terletaknya masjid tersebut. Ianya agak jauh dari kawasan penempatan dan terdapat kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan disekitarnya. Terdapat sebuah bas pelancong dan beberapa kereta sekitarnya. Masjid Jawatha antara masjid tertua di dunia yang dibina pada tahun 629 Masehi. Ianya terletak di Al Kilabiyah dan masih digunakan sehingga sekarang. Ianya merupakan masjid keempat di bina selepas Masjid Quba(622M), Masjid Nabawi(622M) dan Masjid Qiblatain(623M) di mana ketiga-tiganya terletak di Madinah Al Munawarah. Jom tengok.
|
Laluan untuk ke masjid. |
|
Rombongan pelawat termasuk pemandu pelancong dari Arab Saudi. |
|
Bumbungnya yang unik. Ini bukan bangunan asal,
ianya sudah dibaik pulih beberapa kali. |
|
Ruang solat, bersih dan terjaga. |
|
Bahagian atas masjid dan sekitarnya. |
|
Sekitar masjid di sebelah belakang |
|
Bahagian depan masjid |
Aku memilih untuk ke Jabal Al Garah atau Gunung Al Gara. Melalui rancangan telivisyen berkaitan perlancongan di saluran Saudi 2, banyak maklumat yang aku perolehi. Di sini terdapat gua batu kapur dan merupakan tarikan utama pelancong ke Hofuf. Kawasan di dalam gua mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mana kawasan di dalamnya sejuk ketika musim panas. Mudah untuk mencarinya kerana terdapat papan tanda arah ke sana. Malangnya kami tidak dapat masuk ke dalam kawasan gua kerana ditutup dan juga keadaannya yang kotor, penuh dengan sampah sarap sekitarnya. Aku begitu kecewa kerana tidak dapat melihat pemandangan kawasan ladang kurma yang luas menghijau sekitar Hofuf dari puncaknya. Di sini juga dikatakan tempat di mana Laila dan Majnun disemadikan. Ianya lebih merupakan sebuah bukit batu kapur yang mempunyai pelbagai reka bentuk yang menarik dan ianya tidak tinggi seperti sebuah gunung. Namun kawasannya agak luas.
|
Bentuk batu yang unik |
|
Pintu masuk ke gua ditutup |
|
Satu lagi bentuk batu yang unik |
|
Kawasan di dalam gua. |
Seterusnya kami mencari Qasr Ibrahim atau Ibrahim Palace yang terletak di tengah-tengah bandar Hofuf. Walaupun dipanggil Istana namun di dalam kawasan istana tersebut lebih mengambarkan sebuah kota pertahanan di zaman dahulu. Ianya mengandungi pejabat, tempat menyimpan senjata, asrama tentera, hamam atau tempat mandi wap, sebuah masjid dan kawasan lapang. Ianya dibina pada zaman pemerintahan Uthamaniyyah. Terdapat kesan bahawa tempat ini telah dikuasai dan digunakan oleh King Abdul Aziz di zaman pemerintahannya setelah keturunan Al Saud kembali berkuasa.
|
Bangunan ini boleh dilihat dengan mudah sekitar Hofuf |
|
Kawasan utama dari sebelah luar bangunan |
|
Pintu masuk utama (Waktu melawat bermula pukul 4.00 petang) |
Kami memulakan lawatan bermula dari sebelah kanan bangunan utama.
|
Bangunan utama yang dijadikan pejabat.Bumbungnya
diletakkan batang pokok kurma. |
|
Masjid yang masih berfungsi |
|
Tempat menyimpan senjata, ada laluan di bawah tanah |
|
Binaan di sebelah tempat menyimpan senjata diperbuat dari daun
kurma |
|
Bangunan asrama pengawal |
|
Dapur kot! |
|
Hamam - tempat mandi wap yang popular di Turki - kesan
peninggalan kerajaan Uthmaniyyah yang jelas. |
|
Pertama kali masuk ke hamam. Bahagian dalam hamam. |
|
Padang luas di dalam kawasan istana. |
|
Gambar lama Ibrahim Palace |
Tidak ramai pelawat yang melawat istana ini sewaktu kami berada di dalamnya walaupun ianya percuma untuk dilawati. Kami keluar dan menuju ke muzium pula, malangnya muzium ditutup dan kelihatan seperti bangunan yang tidak digunakan lagi. Kami terus balik ke hotel untuk berehat.
zias/riyadh/15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan