Khamis, 24 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (108) - Kek Coklat Moist


Kenangan berkaitan kek coklat yang sedap ialah ketika aku bertugas di Kuantan. Rakan yang aku panggil Kak Tina memang pakar dalam menyediakan pelbagai jenis kek untuk ditempah. Sebelum aku pindah ke Kuala Lumpur, aku meminta resepi kek tersebut. Aku pernah mencubanya beberapa kali sebagai hidangan untuk rakan-rakan yang datang ke rumah semasa jamuan hari raya. Ramai yang memuji keenakan kek coklat tersebut. Malangnya resepi kek tersebut hilang dari simpanan jadi agak lama aku tidak membuatnya.
Melihat satu resepi yang seakan sama cara menyediakannya di mana kita perlu memasak terlebih dahulu serbuk koko bersama beberapa bahan lain. Aku pun mencubanya. Namun resepi ini menggunakan kaedah mengukus bukan membakar seperti  resepi kek yang aku pernah cuba belasan tahun dahulu. 
Agak malang bagiku apabila bekas yang  aku mahu gunakan tidak muat di dalam pengukus kerana saiznya agak besar. Jadi aku terpaksa mengukus separuh menggunakan bekas yang lebih kecil dan membakar separuh lagi. Hasil kek yang dikukus lebih sedap dan lembab. Kek yang dibakar di dalam bekas kecil membolehkan aku menghiasnya dengan pelbagai rupa. Hiasan di atasnya menambahkan keenakan kek coklat moist tersebut.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Coklat Moist
Bahan2:
Bahan A
3/4 cawan gula
1 cawan sebuk koko
1 cawan susu cair (aku guna susu segar)
1 cawan minyak
Campur semua bahan dan masak atas api sehingga larut. Tidak perlu mendidih.Sejukkan.



Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
Campurkan semua dan ayak

Bahan C
4 biji telur dipukul sedikit dengan garpu

Cara Membuatnya:
1.Campurkan bahan C ke dalam bahan A.Pukul hingga sebati.
2.Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan  pukul lagi.
3.Masukkan ke dalam acuan yang disapu mentega dan dilapik kertas minyak.
4.Kukus selama 1- 1 1/2 jam atau sehingga masak.

Bahan untuk ganache/topping
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
Sedikit mentega.
Campur semua dan masak di atas api sehingga agak pekat.


Yang dikukus tanpa topping.
 Yang dibakar di dalam bekas cupcakes dan dihias. Seronoknya hias-hias.







Ehmmm...sedapnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...