Ahad, 6 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (91) - Roti Jala


Roti jala menjadi hidangan minum di waktu pagi atau petang. Lebih-lebih lagi jika ada kari ayam atau kari daging  yang berbaki. Pasti Roti  Jala menjadi  gandingannya. Aku  bawa acuan dari Malaysia untuk menjala.
Memang  mudah  sungguh  untuk  membuat  Roti Jala. Di Riyadh,  aku  lebih suka   menggunakan    pewarna
Saffron  kerana  ianya menghasilkan warna kuning yang lebih cantik jika dibandingkan dengan serbuk kunyit.
Kuantiti air sangat penting untuk menyediakan Roti Jala supaya tidak terlalu cair atau pekat. Biasanya aku memasukkan adunan yang sudah dibancuh ke dalam acuan. Jika adunan tepung keluar dengan mudah dari acuan bermakna adunan tepung yang dikehendaki adalah sempurna.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Roti Jala
Bahan2:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1/2 cawan susu segar
Sedikit garam
Air
Sedikit Pewarna Saffron(boleh ganti dengan kunyit)
Sedikit minyak masak

Cara Membuatnya;
1.Masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam
   blender. Kisar sehingga semuanya bercampur sekata.
2.Tapis adunan tepung yang dihasilkan.
3.Panaskan frying pan, masukkan sedikit minyak dan ratakan.
4.Masukkan adunan tepung ke dalam acuan dan jalakan.
   (guna api sederhana)

Acuan yang diperlukan
5.Angkat bila sudh masak, jangan biar sehingga garing nanti
   keras. Angkat dan gulung/lipat.

Sekejap aje masaknya.

Hidangkan bersama Kari Ayam/Daging/Kambing
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...