Sabtu, 12 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (95) - Pancake Coklat


Aku mencuba hidangan untuk sarapan pagi yang popular dari negara Barat. Pancake biasanya dimakan dengan madu, jem dan sebagainya. Namun Pancake Coklat ini sedap dimakan begitu sahaja. Mudah, sedap dan baik untuk kesihatan. 

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Pancake Coklat
Bahan2:
1 1/4 cawan tepung gandum*
1/4 cawan serbuk koko*
1/4 cawan gula*
3 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh garam*
2 biji telur
3 sudu besar mentega cair
1 1/2 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar

Cara Membuatnya:
1.Campurkan semua bahan bertanda * dan digaul rata.
2.Campurkan semua bahan basah ke dalam campuran
    * dan digaul rata (lebih mudah kisar dalam blender)
3.Tapiskan jika berketul.
4.Panaskan frying pan, masukkan satu senduk adunan
   ke dalamnya.Guna api perlahan.
Tambah kapsyen

5.Bila berbuih permukaannya terbalikkan.



6.Angkat apabila sudah masak.Ulang sehingga habis
   adunan.


Siap untuk dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...