Membuat cheesecake memang agak mencabar tambahan pula dengan kehadiran pelbagai resepi yang boleh dicapai melalui beberapa sumber. Kali ini aku mahu berkongsi dengan satu resepi kek cheese yang senang disediakan dengan hanya tiga bahan sahaja. Bukan sahaja ianya mudah disediakan bahkan sedap pula rasanya. Saiznya agak kecil jadi dengan cepat ianya habis dimakan. Resepi ini aku ambil dari FB.
Bismillahirrahmanirrahim
Resepi Cheesecake Senang
Bahan2
3 biji telur besar
3/4 cawan coklat putih
1/2 cawan cream cheese
Sebarang perisa (tambahan)
Cara Membuatnya.
1.Asingkan telur putih dari kuning.
2.Pukul telur putih sehingga betul-betul kembang.Ketepikan.
3.Cairkan coklat (double boiler atau guna microwave)
4.Masukkan cream cheese dan pukul rata.
5.Masukkan kuning telur dan kacau sehingga rata.
6.Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil dikaup balik.
7.Buat sehingga selesai.
8.Bekas pembakar kek hendaklah disapu mentega dan di alas
dengan kertas pembakar. Keliling acuan dibalut dengan
aluminium foil.
9.Masukkan adunan ke dalam acuan. Masukkan acuan ke dalam
dulang pembakar yang diisi dengan air (separuh)
10.Bakar pada suhu 180 C sekitar 30 minit atau sehingga masak.
11.Keluarkan dari acuan dan boleh dihidangkan.
Sudah masak |
Dihidangkan dengan ditabur gula icing. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan