Selasa, 15 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (99) - Laksam


Laksam mengembalikan ingatan aku ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, Kedah. Aku pernah menjalani latihan mengajar di sana ketika belajar di Universiti Sains Malaysia. Aku suka sekali menikmati hidangan laksam di kantin sekolah tersebut. Terasa macam susah sahaja untuk menyediakannya. Namun sahabatku Pn Hjh Wan Salisa beberapa kali menunjukkan gambar laksam yang dibuatnya. Teringin juga aku untuk mencubanya. Seperti biasa aku tanpa rasa malu meminta resepi darinya. Rupanya begitu mudah menyediakan laksam berbanding laksa. Saffura juga turut suka akan kuahnya yang diperbuat dari ikan dan santan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Resepi Laksam
Bahan2:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air panas
2 cawan air sejuk
1/2 sudu kecil garam.
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar minyak masak

                                                                       Cara Membuatnya:
1.Campurkan tepung dan garam.Gaulkan.
2.Campurkan air panas dan air sejuk di dalam satu bekas.
3.Masukkan air ke dalam tepung dan kacau sehingga sebati.
4.Panaskan periuk pengukus dan biarkan air sehingga mendidih.
5.Sapu sedikit minyak pada tudung periuk.(Aku guna acuan kek 
    bulat dan tidak melekat)
6.Masukkan adunan senipis mungkin. Masukkan ke dalam
   pengukus dan biarkan sehingga kelihatan gelembung udara.
7.Gulung laksam yang sudah masak. Ulang sehingga habis.


Resepi Kuah Laksam
Bahan2
4- 5 ekor ikan kembung (direbus, diambil isinya dan dikisar halus)
Santan pekat (ikut keperluan)
1/2 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1/2  inci halia
(bawang dan halia dikisar)
1/2 sudu besar  serbuk lada hitam
Garam
Gula(jika perlu)

Cara membuatnya:
Campur semua bahan dan masak sekejap sambil dikacau.


Dihidang bersama tauge, hirisan bawang besar,
hirisan timun dan sambal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...