Khamis, 24 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (106) - Roti Naan


Melihat resepi roti naan di FB yang agak mudah disediakan tanpa memerlukan alat pembakar seperti yang dilihat di kebanyakan kedai mamak. Bahan-bahan mentah pun tersedia di dapur, aku pun mencubanya dan hasilnya begitu membanggakan. 
"Beli mana roti ini?" Tanya suamiku ketika sedang menikmati roti naan tersebut bersama kuah daging masak hitam yang masih berbaki.
Aku ketawa mendengar pertanyaan dari suamiku yang pastinya tidak memerlukan jawapan dari aku.
Seronok melihat roti mengelembung ketika membakarnya di atas frying pan. Roti naan ini lembut dan sedap dimakan ketika panas.


Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Roti Naan
Bahan2:
300 g tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
Sedikit garam
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar yogurt
80 ml - 100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung

Cara membuatnya:
1.Campur yis, 1 sudu besar gula dan 1/2 cawan air suam.Kacau dan biarkan kembang.
2.Masukkan tepung, 1 sudu besar gula, garam, yogurt, baking powder dan 
   minyak jagung ke dalam sebuah bekas. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3.Masukkan yis dan gaul sehingga sebati. Masukkan susu sedikit demi sedikit
   sehingga adunan tidak melekat.Uli sehingga licin (10-15 minit). Aku guna mesin.
4.Tutup adunan dengan kain lembab dan biar sehingga naik sekali ganda (45 minit)
5.Bahagikan doh kepada 80 - 100 g.Taburkan sedikit tepung dan tutup dengan kain
   lembab.Biarkan selama 10 minit.
6.Leperkan doh dengan roller, dapatkan bentuk bulat atau bujur.
7.Bakar atas non stick pan (tanpa minyak).Tutup dengan penutup sekejap.
   Balik-balikkan.Selepas angkat sapukan sedikit mentega di atanya supaya
   lebih lembut sebelum dihidangkan.
Selepas diterbalikkan, roti menggelembung.
8.Jika mahu isi cheese di dalamnya, masukkan cheese dan bulatkan seperti buat pau.
   Leperkan perlahan-lahan.

Dah masak

Boleh dapat 6-8 keping (ikut saiz)

Boleh dimakan dengan kuah atau ayam tandoori.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...