Sabtu, 12 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (97) - Ayam Masak Kunyit


Ayam Masak Kunyit begitu mudah untuk disediakan tetapi ianya agak kering. Setelah beberapa kali memasaknya, resepi ini kian diminati ahli keluargaku. Memang sedap dimakan bersama
 nasi putih yang masih panas.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Ayam Masak Kunyit
Bahan2:
2 Keping bahagian dada ayam (tanpa tulang dan dipotong
sederhana)
1 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1 - 1 1/2 inci halia
(1/2 biji bawang besar, bawang putih dan halia dikisar halus)
2-3 susu besar serbuk kunyit
Sedikit kacang buncis dipotong 2/3
1-2 biji cili merah
1 biji cili hijau (boleh diganti cili padi)
Garam 
1/4 cawan Minyak masak

Cara Membuatnya:
1.Gaulkan ayam bersama bahan kisar,kunyit dan garam.
2.Perap ayam tersebut sekitar1/2 hingga 1 jam.
3.Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ayam yang
   diperap dan goreng sehingga garing. Apabila ayam hampir
   masak masukkan lebihan bahan perap tadi dan goreng
   bersama ayam sehingga semuanya garing.

4.Masukkan kacang buncis dan cili. Goreng sehingga agak
   layu dan angkat.




Jemput makan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...