Baru-baru ini ketika aku mengukus laksam, aku mendapat idea untuk membuat sedikit inovasi ke atas laksam yang terhasil itu. Aku memotong laksam yang dihasilkan dalam saiz yang sesuai untuk kepingan kuey teow. Apabila aku membukanya dan mengumpulkannya ianya kelihatan seperti kuey teow basah. Aku terlalu gembira, selesai sahaja aku membuat laksam, aku terus menggoreng kuey teow yang terhasil itu. Hasilnya memang sedap, saling tak tumpah seperti rasa kuey teow yang dimakan selama ini. Lebih membanggakan ialah kuey teow yang aku hasilkan sendiri itu bersih dan segar.
Bismillahirrahmanirrahim.
Resepi Homemade Kuey Teow
Bahan2:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air panas
2 cawan air sejuk
1/2 sudu kecil garam.
Cara Membuatnya:
1.Campurkan tepung dan garam.Gaulkan.
2.Campurkan air panas dan air sejuk di dalam satu bekas.
3.Masukkan air ke dalam tepung dan kacau sehingga sebati.
Mudah sahaja menyediakannya dan tidak berketul |
4.Panaskan periuk pengukus dan biarkan air sehingga mendidih.
5.Sapu sedikit minyak pada tudung periuk.(Aku guna acuan kek
bulat yang tidak melekat). Jangan terlalu banyak minyak nanti licin pula.
6.Masukkan adunan senipis mungkin. Gunakan kuantiti yang sama supaya hasilnya
sekata. Aku guna bekas plastik kecil untuk menyukat adunan.
7.Masukkan ke dalam pengukus dan biarkan sehingga kelihatan gelembung udara.
Pastikan ada gelembung udara supaya mudah menggulungnya.
8.Gulungkan kepingan kuey teow yang sudah masak( lebih kurang 1 minit). Ulang sehingga habis.
Jika tidak tahan panas, keluarkan dari pengukus dan gulun |
Siap digulung |
10.Bukakan gulungan tersebut, jika susah boleh sapukan minyak pada tangan.
Gaul kuey teow yang terhasil dengan sedikit minyak supaya tidak melekat antara
satu sama lain.
Dah siap.. cantiknya.
Siap digoreng.Puas makan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan