Ahad, 27 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (110) - Keropok Lekor



Kenangan pertama kali merasa keropok lekor dari Terengganu ketika aku sedang melanjutkan pelajaran dalam Kursus Matrikuslasi 1 di STAR, Ipoh. Rakan satu dorm denganku Pn Hjh Nik Azmi akan membawanya setiap kali kembali dari bercuti. Kami akan makan beramai-ramai dalam suasana yang amat meriah.  Nik juga pandai membuat keropok lekor sendiri, memang sedap rasanya namun aku tidak pernah berminat untuk bertanya resepinya. Selepas itu pantang berjumpa, tidak kira di mana sahaja aku akan membelinya.
Resepi ini aku ambil dari FB Hana Khalilah Tabita Skincare. Kejayaan paling manis untuk aku kerana hasilnya memang sedap. Kebetulan aku berpuasa pada hari aku mencuba resepi ini. Saffura terpaksa menunggu waktu hampir berbuka untuk merasa keropok kegemaran kami berdua ini. Makanan kegemaran yang hampir mustahil untuk kami beli di Riyadh. Pernah ada yang menjualnya namun habis dibooking dalam sekelip mata. Selesai aku menggoreng keropok lekor, aku menyuruh Saffura merasainya.
Aku : Apa rasa?
Saffura: Rasa keropok lekor lah.
Aku : Jadilah tu....hihi seronoknya.
Aku masih tersenyum seolah tidak percaya aku boleh membuat keropok lekor di Riyadh. Aku ubah suai sedikit resepinya tanpa memasukkan ajinomoto.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Keropok Lekor
Bahan2
1 mangkuk kecil isi ikan kembung (mentah)
1 sudu kecil baking soda
Garam 
Sedikit serbuk lada putih (aku guna lada hitam)
2 sudu besar tepung kanji
Tepung gandum (ikut keperluan)

Cara Membuatnya:
1.Mesin isi ikan (tanpa air) dalam food processor
2.Masukkan isi ikan ke dalam sebuah bekas.Campurkan baking soda,
   garam dan serbuk lada hitam. Gaul sebati dan biarkan 5-10 minit.
3.Masukkan tepung kanji dan gaul rata.
4.Masukkan pula tepung gandum dan uli sehingga menjadi adunan yang kental.
   seperti doh donut (jangan terlebih tepung).
5.Taburkan tepung gandum di atas dulang, ambil anggaran 1 sudu besar isi ikan
   dan uli memanjang sambil taburkan dengan tepung  gandum.
   Buat sehingga habis.

Proses membentuk keropok lekor
Sebesar siaz keropok lekor losong
6.Didihkan air di dalam periuk. Masukkan keropok lekor ke dalam air mendidih
   sehingga keropok lekor timbul.

Bila timbul - dah masak , sekejap aje


Ala-ala keropok lekor losong...gitu.

7.Biarkan sejuk.Potong mengikut saiz yang dikehendaki dan goreng di dalam 
   minyak yang panas.


memang keropok lekor.

Tidak sempat buat sendiri sosnya. Guna
Sos Cucur Udang Alor Gajah.

Serius...sedap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...