Isnin, 21 Disember 2015

Travelog : Oh! Riyadh (84)-Rehlah - Hofuf(2)


Rehlah - Hofuf(2)

Hasrat untuk menjamu mata di kawasan membeli belah yang terkenal di Hofuf tidak kesampaian malam tadi. Puas kami berpusing-pusing mencari tempat untuk meletakkan kereta ,malangnya hampa. Keadaan jalan yang tersangat sibuk ditambah dengan orang yang begitu ramai menyesakkan lagi suasana.

Suasana malam.
Awal pagi, kami sudah pun berada di kawasan Qaisariah Souq. Kawasan membeli belah ini tidak jauh dari hotel dan banyak tanda arah untuk ke situ.  Suhu sekitar 14.8 C dengan angin bertiup menjadikan suasana begitu sejuk sedangkan aku terlupa membawa baju tebal kerana mahu cepat.


Mercu tanda Souq @ pasar dari bahagian hadapan. Qaisariah Souq diiktiraf antara souq yang tertua di Arab Saudi.


Ini pula di sebelah satu lagi.

Suasana sekitar pasar masih sunyi, kebanyakan kedai masih ditutup. Bilangan orang di sekitarnya boleh dikira. Mereka kehairanan melihat kami yang sudah terpacak di situ. Kami tidak berada lama di situ kerana kebanyakan kedai belum dibuka, sekitar 10% sahaja yang sudah memulakan perniagaan mereka sekitar pukul 8.00 pagi.

Laluan ke dalam pasar

Bumbungnya yang menarik.

Bahagian dalam pasar

Surau dan bilik air untuk wanita. Selesa dan bersih.
Bertentangan dengannya adalah pejabat yang mengurus pasar ini.

Tembok tinggi pemisah kawasan pasar dengan bahagian lain.

Peniaga mula sibuk membuka perniagaan.

Pintu kedai yang sama untuk semua.

Kedai menjual pakaian.

Kedai minyak wangi

Bahagian depan dalam bangunan pasar.

Kedai di bahagian paling luar. Baju tempatan untuk
musim sejuk. memang tebal.

Rempah ratus pun dijual

Kulit kayu manis dan limau kering untuk masakan Arab.


Tiada orang pula..hanya barang-barang sahaja

Bangunan di sebelah pasar utama.

Seolah tidak beroperasi...lebih kecil sedikit saiznya
Di dalam bangunan kedai lama.
Kami melalui jalan-jalan sekitarnya yang dipenuhi dengan kedai-kedai menjual beraneka barang. Kami kembali melalui jalan yang kami tempuhi malam tadi. Kelihatan mall yang agak besar. Di hadapan mall pula kelihatan Masjid Hussein yang jelas menampakkan ciri-ciri penganut Syiah. Ini tidak menghairankan kerana pada masa dahulu Hofuf, Bahrain dan Qatif di bawah pemerintahan yang sama.







Kawasan membeli belah ini memang luas dan popular. Kami terus berjalan melihat keadaan sekeliling yang begitu meriah pada malam hari.

Pemandangan biasa sebuah kedai makan
Terdapat pula kawasan perniagaan yang berlainan sedikit konsepnya. Kali ini kedai-kedai berada di kawasan lapang. Turut menjual pelbagai barangan keperluan namun kebanyakannya masih belum dibuka lagi. Di satu penjuru kami ditegur dengan kasar oleh seorang peniaga wanita apabila melihat aku memegang tab dan menghala kepadanya. Hasrat untuk merakam suasana di situ terus terpadam. Cepat-cepat kami berlalu meninggalkan kawasan tersebut


Bangunan tambahan sedang dibina

Masih berbungkus

Bekas binaan lama yang dibiarkan

Kedai untuk majlis perkahwinan 

Satu lagi kawasan kedai di seberang jalan

Jika duit tidak cukup....ada bank menanti.

Binaan yang menjadi sejarah - terbiar

Pusat khidmat pelancong yang tidak lagi berfungsi

Restoran lama sedang dalam pembinaan.

Bangunan pasar di seberang jalan pasar utama

Macam-macam ada.
Berhampiran kawasan ini juga terdapat kawasan membeli belah khas untuk wanita tapi tidak pula aku temui.
Kami pun sudah keletihan kerana belum bersarapan pagi. Yang menariknya di sekitar kawasan membeli belah terdapat binaan khas yang merupakan tandas awam. Bangunan khas dengan warna yang sama  serta bernombor itu memudahkan para peniaga dan pengunjung untuk datang ke situ. Sekurang-kurangnya kita tahu di mana hendak tuju jika berlaku kes kecemasan. Keadaan seperti ini tidak terdapat di Riyadh.

Tandas awam


           
                                                                                                                              zias/riyadh/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...