Khamis, 24 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (107) - Apam Gula Hangus



Banyak resepi yang dikongsi teman-teman FB, jenuh untuk memilihnya. Rasa begitu seronok apabila resepi yang dicuba menjadi dan sedap.Aku semakin berani mencuba beberapa resepi yang aku rasa agak boleh dicuba. Kali ini aku membuat Apam Gula Hangus pula setelah asyik membuat apam tepung beras sahaja. Rasa apam gula hangus ini seakan rasa kek gula hangus. Aku menggunakan acuan yang sama dengan apam tepung beras. Sesuai untuk minum pagi atau dimakan pada waktu petang.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Apam Gula Hangus
Bahan2:
Untuk Gula hangus
1/2 cawan gula
1/4 cawan air panas mendidih
Masak gula di dalam periuk sehingga menjadi warna perang dan semua gula
larut.
Masukkan air panas dan kacau sehingga semua larut.
Hati-hati ketika memasukkan air ke dalam gula hangus.

1/2 cawan (125g) mentega
1/4@ 1/2 cawan gula (ikut manis)
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh baking powder
1/2 tin susu @ 200 ml susu cair (aku guna susu segar)
Sedikit esen vanila
Cara Membuatnya:
1.Ayak tepung bersama baking powder.
2.Pukul telur, gula dan baking soda sehingg kembang.
3.Masukkan gula hangus dan esen vanila, kacau sehingga sebati.
4.Masukkan tepung gandum diselang seli dengan susu. kacau biar
   sebati.
5.Perap selama 30 -60 minit.
6.Masukkan ke dalam acuan.
7.Kukus menggunakan api sederhana selama 13-15 minit.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...