World Sight Park , Riyadh.
Kami tidak sedar kehadiran park ini sehinggalah pada satu hari aku ternampak binaan kecil yang menyerupai Taj Mahal. Saffura juga nampak apa yang aku ternampak. Jalan yang sama untuk ke Kharj selepas Granada Center. World Sight Park terletak di sebuah kawasan yang agak kecil tanpa sebarang tulisan besar yang membolehkan kita menyedari kewujudannya. Bertentangan dengan park ini terdapat Theme Park yang berwarna ungu, aku tidak pasti apa namanya. Terletak di Nasir Ar Rajihi, Al Mughrizat, di laluan Eastern Ring Road. Dua minggu lepas kami ke sana setelah beberapa kali tertangguh walaupun ianya tidak terlalu jauh dari tempat tinggal kami.
|
Papan tanda yang terlalu kecil untuk dilihat dari jalan raya utama |
|
Pemberitahuan apa yang ada di dalamnya. |
Kami tiba selepas Asar dan terus membeli tiket di pintu masuk. Harga tiket SR10 untuk dewasa dan SR5 untuk kanak-kanak. Tiket terus dikoyak oleh petugas di pintu masuk, tidak dapat aku menyimpan tiketnya sebagai kenangan.
|
Orang tidak ramai kerana baru dibuka pada pukul 4.00 petang |
Park ini dikelilingi oleh bangunan kedai dan rumah-rumah villa yang cantik. Park ini tidak begitu luas tetapi kelihatan cantik, bersih dan terjaga. Rumput hijau memenuhi ruang-ruang yang tidak ada binaan. Pelbagai binaan yang mewakili mercu tanda popular seluruh dunia terdapat di sini. Ahhh... seronoknya keliling dunia dalam tempoh yang singkat tanpa perlu re entry visa.
|
Eiffel Tower, Perancis.
Menjadi penyambut tetamu sebaik kita melangkah
masuk ke dalam park. |
|
Gunung Everest, Nepal. |
|
The Sydney Opera House, Australia. |
|
Taj Mahal, India. |
|
Burj Khalifa, Dubai UAE. |
|
Colosseum in Rome, Italy. |
|
Tower of Pisa, Italy. |
|
Hagia Sophia, Istanbul. Turkey. |
|
Blue Mosque, Istanbul. Turkey. |
|
The Big Ben, London. |
|
Pyramids, Egypt. |
|
Ramai yang berminat di sini. |
|
The Water Tower, The King Fahd Stadium dan The
Faisaliah, Arab Saudi. |
|
Tidak bernama |
|
Masmak Castle |
|
The Makkah Clock Tower |
|
Masjidil Haram |
|
Masjid Nabawi |
|
The Jeddah's Kingdom Tower - sedang dibina |
|
Petra, Jordan |
|
Dorm of the Rock, Palestine |
|
Netherlands Windmills |
|
Twin Tower, Kuala Lumpur.
Diminati warga Filipina dan Indonesia |
|
The Great Wall of China |
Terdapat sebuah masjid di sebelah park ini, hanya dipisahkan oleh pagar. Apabila masuk waktu Solat Maghrib, ada petugas di pintu pagar berdekatan sebuah kedai makan yang menjual makanan serta minuman ringan. Pengunjung diberi tiket untuk keluar dan tiket tersebut dikutip ketika masuk semula ke dalam park. Terdapat tandas di kawasan dalam park jadi tidak perlu risau....
|
Kurma yang sudah kering. Pokok kurma terdapat di sekitar masjid. |
|
Kawasan permainan kanak-kanak.
|
|
Masjid Al Aqsa, Palestine. |
|
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi |
|
Kawasan dalam park menjadi tempat untuk piknik kerana suasananya
yang sungguh selesa dan tenang. |
Kelihatan ramai warganegara Filipina yang berkunjung ke sini. Mereka kelihatan begitu teruja ketika berada di park ini. Bilangan warganegara Filipina yang berkerja di Arab Saudi memang ramai dan bilangan mereka semakin bertambah. Mereka menjadi pilihan untuk diterima bekerja di hospital kerana gaji yang lebih murah. Para pekerja di restoran makanan segera atau kedai-kedai sekitar Riyadh juga terdiri daripada bangsa yang sama. Mereka bukan sahaja boleh berbahasa Arab bahkan boleh berbahasa Inggeris. Mereka begitu serasi bekerja di sini dan mengambil sebanyak peluang yang ada untuk meneroka bumi ini. Semoga mereka mendapat hidayah untuk menerima Islam setelah bertahun bekerja mencari rezeki di bumi yang kaya ini.
zias/riyadh/15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan