Bukan mudah untuk mendapatkan Kuih Karipap yang sedap dan tidak jemu dimakan. Selain inti yang enak, kulit karipap juga amat penting. Biasanya aku sekadar mencuba sahaja resepi yang ada untuk menyediakan kulit karipap. Hasilnya terkadang sedap, ada masanya tidak begitu sesuai dengan selera. Namun setelah mencuba pelbagai resepi, telah aku temui resepi yang mudah dan rasanya juga lembut dan sedap. Biasanya aku menyimpan karipap yang dibuat di dalam ruang sejuk beku dan menggorengnya untuk sarapan pagi atau minum petang.
Bismillahirrahmanirrahim
Inti Karipap
Bahan2
2 biji kentang bersaiz sederhana(dipotong dadu)
2- 3 sudu besar rempah kari daging jenama Adabi
Sedikit daun kari
1 labu bawang besar(didadu)
2 labu bawang putih(dihiris)
200g ayam (didadu)
Air secukupnya
Minyak, garam
Daun bawang dan daun ketumbar(dipotong kecil)
Cara Membuatnya:
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak dan masukkan daun kari bersama bawang besar, digoreng
sehingga kekuningan, masukkan bawang putih dan sedikit garam
2.Masukkan rempah kari dan dikacau sebentar lalu dimasukkan sedikit
air,biarkan sehingga pecah minyak.
3.Masukkan daging dan kentang diikuti air dalam kuantiti yang sesuai untuk
melembutkan ubi kentang dan daging.
4.Biarkan sehingga kering dan taburkan campuran daun bawang dan
daun ketumbar.Tutup api.Biarkan sejuk.
Kulit Karipap
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak (dipanaskan)
1 sudu teh garam
Air secukupnya
Cara menyediakannya:
1.Masukkan minyak panas ke dalam tepung di dalam sebuah bekas.
2.Gaul dengan senduk sehingga agak rata. Biarkan supaya sejuk.
3.Gaulkan tepung dan minyak supaya rata. Masukkan garam dan
gaul lagi.
4.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh. Uli
sebentar sehingga doh betul-betul sebagi dan lembut.
5.Bulat2kan doh mengikut saiz yang dikehendaki.
6.Leperkan doh, masukkan inti dan klim di bahagian tepinya.Ulangi
sehingga selesai.
7.Goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
8.Jika hendak disejuk bekukan, masukkan ke dalam dulang pembakar.
Bakar di dalam oven pada suhu 170 C selama 5 minit.Sejukkan
9.Simpan di dalam bekas plastik dan simpan di dalam ruang sejuk beku.
Siap untuk dibakar |
Karipap Sedap |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan