Rehlah - Hofuf(3)
Sesudah kenyang bersarapan pagi di hotel, kami meneruskan perjalanan ke Salwa yang jauhnya kira-kira 153 km dari Hofuf. Sekali lagi kami merentasi padang pasir yang luas yang merupakan sebahagian dari Empty Quaters. Pemandangan tidak begitu jelas kerana berlakunya ribut pasir sepanjang perjalanan pergi dan balik. Pasir halus diterbangkan ke atas jalan raya yang kami lalu sepanjang masa. Aku yang agak ketakutan melihat ribut pasir ketika di Hail menjadi biasa sahaja kali ini. Kereta-kereta dari Qatar, UAE, Oman dan Bahrain kelihatan memenuhi jalan raya. Kebanyakannya kereta berjenama Toyota Land Cruiser atau Sequoia menjadi pilihan warga Qatar. Kami berhenti sekejap di kawasan R&R yang dilengkapi dengan kedai dan bilik untuk disewa. Sempat kami membeli makanan ringan buat bekalan ketika di dalam perjalanan. Aku juga sempat membeli hamparan buatan tempatan berharga SR100 setelah suamiku meminta diskaun (harga asal SR145). Sudah lama aku ingin membelinya namun belum ada kesempatan kerana ianya hanya kelihatan dijual pada musim sejuk.
|
Nampak sedikit kelainan pasir di sini yang lebih cerah tanpa pokok-pokok
besar seperti Acacia. |
Semakin hampir dengan pekan Salwa, kelihatan banyak gerai menjual barangan tempatan seperti hamparan, bantal dan sebagainya. Aku terpaksa menahan rasa marah suami yang mahu cepat sampai ke destinasi. Akhirnya aku berpeluang juga singgah walaupun sebentar cuma. Kelihatan juga lautan luas terbentang di sebelah kanan jalan raya.
|
Kedai-kedai ini di sebelah kiri sahaja ke arah Salwa. |
|
Aksesori popular di Arab Saudi |
|
Macam-macam ada tapi susah sikit untuk tawar
menawar harga. |
|
Sudah sampai, pilih2 mahu ke mana ya. |
Akhirnya kami tiba di pekan Salwa yang agak kecil namun kelihatan banyak aktiviti pembinaan kedai dan bangunan di sekitarnya. Kami terus menghampiri kawasan sempadan iaitu laluan kastam untuk ke Qatar. Dari Salwa ke Doha adalah sejauh 116 km. Kami tidak mampu masuk ke Qatar kerana tidak memiliki re -entry visa. Selepas mengambil beberapa gambar kami pun berlalu.
|
Laluan masuk dari Arab Saudi |
|
Kereta dari arah Qatar masuk ke Arab Saudi. |
Sudah pasti kami tidak mahu melepaskan peluang melihat laut yang luas terbentang. Air laut sedang surut namun terdapat ombak-ombak kecil bergerak bersama pukulan angin yang agak kuat. Orang ramai belum keluar berpiknik menjadikan suasana pantai kosong, hanya dikunjungi oleh kami bertiga. Kami mengambil laluan jalan pantai untuk ke Sasco yang terletak tidak jauh dari situ. Kelihatan banyak binaan dibuat untuk kemudahan penduduk sekitar termasuk mini stadium.
Bukan mudah untuk melihat pantai di Arab Saudi....layan je lah.
|
Pemandangan tanah Qatar dari jauh. |
Singgah di Sasco untuk solat dan
lunch di Kudu la.
|
Take away kemudian makan dalam kereta. |
|
Hotel |
|
Masjid |
Sepanjang perjalanan pulang ke Hofuf, ribut pasir melanda, ada masanya sedikit kadang-kadang agak banyak. Patutlah semasa di Kudu tadi ada yang menawarkan perkhidmatan menyembur bahagian depan kereta dengan pencuci pinggan. Bagi menggelakkan kerosakan yang teruk kepada kereta mungkin.
|
Pasir dibawa angin ke atas jalan raya |
|
Berselisih dengan unta lagi... |
Bertemu lagi beberapa pekan kecil yang terletak di sepanjang jalan seperti Tamani, Fardani ,Seed dan lain-lain lagi.
|
Tambah kapsyen |
|
Kembali ke Hofuf, ladang kurma kelihatan semula. |
Kami tiba di hotel pada pukul 3.00 petang, pastinya kami terlewat untuk checkout. Alhamdulillah petugas di kaunter tidak begitu kisah dengan kelewatan kami. Hampir pukul 4.00 petang kami bergerak kembali ke Riyadh. Kami amat berpuas hati dengan keselesaan dan layanan yang diberi oleh pihak hotel. Hofuf kami tinggalkan walaupun banyak lagi tempat menarik yang tidak sempat kami kunjungi. Hasrat untuk melihat kawasan kampung yang mempunyai banyak sumber air dari tanah tidak tercapai. Wilayah Ahsa terlalu luas untuk diterokai, jika ada masa memang ingin sekali berkunjung lagi.
|
Bye Hofuf |
Selepas kami tinggalkan Hofuf , kami melewati kawasan yang kelihatan menjalankan aktiviti berkaitan minyak. Kelihatan dengan jelas saluran paip yang menghubungkan kawasan pendalaman dengan kawasan berhampiran jalan raya. Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah pada jam 8.00 malam setelah tersilap ambil jalan. Jalan tersebut membawa kami ke Lebuh raya Dammam-Riyadh, jadi agak sesak sedikit dengan deretan pelbagai kenderaan lain.
|
Ole-ole dari Ahsa |
zias/riyadh/15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan