Ahad, 6 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (90) - Ayam Masak Paprik


Sukar untuk menikmati Masak Paprik yang sesuai dengan selera kerana terdapat banyak versi masak paprik yang popular di kedai makanan Thailand. Namun nasi paprik paling sedap yang pernah aku makan adalah nasi masak paprik dari Juara Tomyam Restoran yang terletak di tengah Bandar Kuantan. Pertama kali aku makan Nasi Paprik Sotong....ayuhai sedapnya. Rasanya tetap tidak berubah selepas beberapa tahun kemudian. Nasi Paprik mudah disediakan dan merupakan hidangan yang seimbang kerana di dalamnya ada lauk dan sayur-sayuran.

Bismillahhirrahmanirrahim

Resepi Ayam Masak Paprik
Bahan2:
2 keping isi ayam yang dipotong
(Boleh dicampur/diganti dengan daging/udang/sotong)
1/2 biji carrot
Sedikit kacang buncis/panjang
Lada Paprika
Sedikit bunga kubis
Daun bawang
1 sudu besar cili kisar
1-2  sudu besar sos tomato
1 sudu besar Kicap manis
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
3-4 helai daun limau purut
1/2 bawang besar, bawang putih,serai dan halia dikisar halus)
Sedikit kunyit
Garam
Minyak masak
3-4 biji cili padi (boleh ganti dengan cili hijau/merah)
1/2 cawan air

Cara Membuatnya:
1.Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
2.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga
   hampir masak. Angkat dan ketepikan.
3.Masukkan bahan kisar ke dalam minyak yang digunakan 
   untuk goreng ayam tadi. Kacau sehingga agak garing,
   masukkan cili kisar dan kacau hingga garing. Masukkan
   sos tomato dan kacau sebentar.
4.Masukkan carrot dan garam, kacau sebentar dan masukkan
   air dan kacau.
5.Masukkan  bunga kubis, kacang buncis dan cili, biar sayur agak 
   lembut. Masukkan ayam yang digoreng tadi  serta 1/2 biji 
   bawang besar yang dibelah , lada paprika, kicap, daun limau
   purut dan garam jika perlu. Biarkan agak pekat, masukkan 
   daun bawang dan boleh diangkat.




Sedap dimakan dengan nasi putih panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...