Hidangan yang berasal dari Mesir ini begitu terkenal di Timur Tengah. Ianya dijual di kebanyakan kedai makan di Riyadh termasuk kedai makanan segera seperti Kudu dan Al Baik. Hummus juga dengan mudah dapat dibeli dari Mall atau Market yang memyediakannya setiap hari. Ada masanya ianya dipromosikan bersama roti Arab yang dipotong kecil. Hummus juga dijual di dalam bekas dan mudah dibeli. Namun ada masanya hummus yang dijual agak masin seperti yang pernah aku beli dari Tamimi Market. Hanya aku seorang sahaja yang suka makan Hummus begitu sahaja tanpa roti.
Untuk menyediakannya amat mudah, hanya memerlukan kacang kuda yang direbus, dimesin halus dan dicampur dengan tahini (pes bijan-cara sediakan tahini: bijan disangai dan dimesin sehingga halus dan dicampur minyak zaitun dan kisar lagi sehingga hasilkan pes yang dikehendaki - 1 cawan bijan : 2/3 sudu minyak zaitun ), minyak zaitun, bawang putih dan jus lemon. Jika suka boleh ditambah serbuk jintan manis namun ianya boleh diubahsuaikan mengikut selera masing-masing.
Biasanya hummus dihidang bersama pembuka selera lain di restoran makanan Arab. |
Bismillahirrahmanirrahim
Resepi Hummus
Bahan2:
1 mangkuk kecil kacang kuda (direndam 10-12 jam
dan direbus sehingga lembut)
1 sudu besar tahini (takde pun takpe)
1 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang putih (tak letak pun takpa)
1 sudu besar lemon (nak lebih pun takpa)
Garam
Air secukupnya.
Sedikit serbuk jintan manis(jika suka)
Cara Membuatnya:
1.Kacang kuda yang telah direbus dikisar dalam food processor
sehingga hancur(bersama bawang putih)
2.Masukkan minyak zaitun, tahini, garam dan jus lemon. Kisar lagi.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus dikisar.
4.Kisar sehingga halus dengan kepekatan yang dikehendaki.
(Agak lama juga untuk dapat tekstur yang halus)
5.Keluarkan dan boleh dihidangkan.
Boleh ditambah minyak zaitun ketika mahu makan (jika suka). |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan