Agak lama aku mahu mencuba resepi popular ini. Namun sengkuang untuk dibuat inti tidak aku temui hingga kini. Kulit popia mudah untuk dibeli di mana-mana Mall sekitar Riyadh. Akhirnya aku cipta sendiri inti popia dengan menggunakan carrot, timun dan tauge yang aku ternak sendiri. Rasanya memang laaaa sedap.
Kulit popia buatan Arab Saudi |
Bismillahirrahmanirrahim
Resepi Popia Goreng.
Bahan2:
1 batang carrot
1 biji timun
1 mangkuk kecil tauge
Kulit popia
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya:
1.Hiris nipis dan memanjang carrot.
2.Buang bahagian dalam timun dan hiris memanjang.
3.Campur ketiga-tiga bahan tersebut
4.Masukkan inti yang disediakan ke dalam kulit popia dan
gulung. Gunakan campuran air dan tepung gandum sebagai
gam untuk melekatkan kulit popia.
5.Goreng di dalam minyak dengan api yang sederhana.
Inti popia |
Popia besar dan Popia kecil yang diisi dengan serunding ikan |
Popia goreng dihidang bersama Sos Cucur Udang dari Melaka. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan