Ternampak resepi ini di dalam FB, sudah lama aku mahu mencuba resepi Chicken Tikka yang begitu popular di Riyadh. Maklumlah ramai masyarakat Pakistan, India dan Bangladesh di sini. Jadi aku dapat pengalaman menyediakan Chicken Tikka dan juga nasi biryani. Aku ubah sedikit resepinya dengan mengasingkan ayam yang disediakan. Yakni tidak memasukkan ayam ke dalam nasi yang disediakan. Aroma ayam yang diasapkan memang sedap.
Cili hijau popular dalam masakan biryani. Pedasnya mengalahkan cili api. Silap-silap berasap telinga. |
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2:
Bahan A: Untuk ayam
1/2 kg isi ayam yang dipotong
1 sudu besar halia yang dikisar*
1 cawan yogurt*
1 sudu besar serbuk cili (boleh kurangkan)*
1/2 sudu serbuk kunyit*
1 sudu besar serbuk ketumbar*
1 sudu besar serbuk jintan manis*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar all spices*
1 sudu besar serbuk lada hitam*
2 sudu besar jus lemon*
Garam*
1-2 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato dipotong dadu
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar bawang putih dikisar
3 batang kulit kayu manis#
10 biji bunga cengkih#
1 sudu besar biji lada hitam#
3 helai daun bay#
5 biji buah pelaga#
Cara Membuatnya:
1. Gaul ayam bersama bahan-bahan * dan perap selama 1-2 jam
keperangan. Masukkan bawang putih dan tomato. Kacau dan masak
sehingga tomato hancur.
3. Masukkan bahan-bahan bertanda # dan ayam yang diperap. Masak
sehingga ayam masak dan hampir kering.
4. Bakar arang di atas api sehingga terbakar.
5.Keluarkan ayam dan masukkan ke dalam frying pan. Bakar ayam
sehingga kelihatan garing.
6.Letakkan arang yang terbakar di atas aluminium foil dan masukkan
sedikit minyak zaitun untuk menghasilkan asap. Tutup frying pan
dan biarkan sehingga habis asap. Teknik ini akan memberikan aroma
seperti kita membakar ayam tersebut. Teknik ini juga digunakan untuk
menyediakan nasi Mandy.
Bahan B: Untuk Nasi
3 cawan beras basmati - direndam dan ditoskan
Garam
1- 11/2 liter Air
2-3 sudu besar daun pudina
2-3 biji lada hijau (dibelah)
1 sudu besar mentega
Pewarna Saffron
Cara Membuatnya:
1.Masak nasi di dalam air yang ditambah garam sehingga hampir masak.
2. Masukkan daun pudina dan cili hijau ke dalam kuah ayam tadi.Boleh
juga dimasukkan ayam yang dibakar tadi bersama-sama.
3.Masukkan nasi . Kemudian taburkan pewarna Saffron dan mentega.
Tutup dengan penutup. Buka api perlahan dan masak sehingga nasi
masak sepenuhnya. Dalam 20-30 minit. Gaul sebelum dihidangkan.
Rendam pewarna saffron di dalam air suam |
Tabur pewarna Saffron dan mentega di atas nasi. |
Chicken Tikka boleh dimakan bersama roti juga. |
Chicken Tikka Biryani. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan