Tiba-tiba Paris Berdarah
Keadaan mulai gelap ketika kami bergerak menuju ke stesen bas Galliieni untuk meneruskan perjalanan ke London pada pukul 11.00 malam. Keadaan agak sibuk di stesen bas, kali ini saya dapat melihat lebih ramai orang Islam berbangsa Arab Afrika seperti Morocco. Kelihatan juga dua orang penumpang berkulit hitam yang menaiki bas yang sama dengan kami malam tadi. Bas mula dinaiki oleh penumpang apabila jam hampir pukul 10.30 malam. Kami disapa mesra oleh pemandu bas sewaktu membuat pemeriksaan tiket. Kami membalas dengan rasa gembira, kerana dia juga pemandu yang memandu bas yang kami naiki malam tadi. Walaupun berusia tetapi dia begitu cekap dan berhati-hati sewaktu memandu. Di depan kami dua wanita berkulit hitam, melalui percakapan mereka nyata mereka beragama Islam walaupun tidak memakai tudung kepala. Keletihan dan kekenyangan menyebabkan kami terlena sepanjang perjalanan sehingga bas yang kami naiki berhenti di Pelabuhan Calais untuk Pemeriksaan Kastam.
Seperti di Dover kami melalui dua tempat pemeriksaan kastam dari 2 negara yang berlainan di tempat yang sama. Di bahagian
Perancis orang agak ramai tetapi mudah saja urusannya sedangkan di sebelah
England kami disoal dengan beberapa soalan mudah. Kami berterus terang bahawa
kami akan ke London kemudian Istanbul dan balik ke London pula. Pegawai Kastam
tersebut merasa hairan dan menyoal kenapa kami tidak terus ke Istanbul dari
Paris.Suamiku hanya tersenyum sambil mengucapkan selamat jalan kepadanya .Feri yang kami
naiki sama seperti feri yang kami naiki semalam. Kali ini kami naik ke
Tingkat dua feri yang besar umpama kapal itu. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi
waktu Perancis, bermakna di England pukul 1.00 pagi. Perbezaan 1 jam antara dua
Negara yang terpisah oleh Selat Inggeris itu. Kami menunggu masuk waktu subuh
pada pukul 2.00 pagi waktu England.
Suasana di lobi Feri agak tenang kerana kebanyakan penumpang adalah orang dewasa dan tidak begitu ramai penumpang. Selepas menunaikan solat aku berehat di sofa sambil memerhati sekeliling kami. Mataku tertumpu kepada seorang wanita berkulit hitam berusia dalam lingkungan lima puluhan. Dia menunaikan solat sambil duduk di atas sofa mengadap kiblat. Muslimah tersebut sudah sedia mengenakan hijab jadi senang baginya menunaikan solat . Yang menariknya beliau sempat menunaikan solat sunat subuh dan membaca ayat-ayat suci al Quran selepas menunaikan solat subuh. Kelihatan al Quran yang dipegangnya seperti sebuah buku tetapi cara beliau membaca aku pasti ianya sebuah al Quran. Terasa kerdil diri kini dalam perantauan tidak sempat menunaikan solat sunat . Dalam aku melayani fikiran memikirkan hal-hal berkaitan umat Islam di Perancis, aku terdengar suara menyebut Allahuakhbar.
Atas feri |

Baring selepas solat |
Spontan aku menoleh kebelakang di sebelah kiri, kelihatan seorang lelaki berbangsa Arab sedang solat juga sambil
duduk mengadap kiblat yang sama. Selepas bagi salam dia terus berbaring di atas
sofa, begitu juga dengan kawannya seorang lagi turut menunaikan solat.
Alhamdulillah aku rasa bersyukur sekali ada Muslim lain bersama kami. Feri terus belayar meredah ombak lautan menuju ke pantai, terasa kedamaian selepas sujud mengabdikan diri kepada Illahi. Kami tiba di Dover pukul 4.00 pagi waktu England. Bas
dipandu laju dan lancar oleh pemandu yang begitu berpengalaman. Kelihatan di
kiri kanan pemandangan ladang hijau yang jauh lebih kecil berbanding yang kami
lihat di Perancis. Terdapat kambing biri-biri berwarna putih sudah berada di
padang yang hijau. Awal betul mereka bersarapan lagi. Kami sampai di Stesen Victoria pada pukul 6.00 pagi.
Kami membersihkan diri di tandas awam yang amat selesa yang terdapat di stesen bas. Keluar dari tandas kelihatan suamiku sedang
berbual dengan seorang lelaki yang agak berusia berkulit Asia. Khaleed berasal dari
Mauritius dan pernah bekerja
sebagai pekebun di England selama 25 tahun dengan kerajaan England.
Sekarang beliau sudah pencen tetapi terus menerima £1000 sebulan sedangkan
isterinya mendapat pencen sebanyak £800 sebulan. Sudah berusia 76 tahun tetapi
masih sihat dan meneruskan minatnya melancong walaupun secara solo.
Khaleed mempunyai seorang anak
perempuan yang menetap di England. Anaknya itu bekerja sebagai doktor dan sudah berkeluarga.
Beliau mengembara seorang diri kerana isterinya lebih minat untuk mengerjakan
umrah sedangkan beliau belum lagi berkunjung ke Mekah. Bertaraf jutawan , Khaleed begitu
teruja melihat Saffura dan mempelawa kami berkunjung ke rumahnya di Mauritius. Banglo besarnya yang turut dijadikan homestay. Banglo 10 bilik berhampiran pantai dikendalikan
oleh abang iparnya. Kami hanya mampu mengaku dengan ucapan In Shaa Allah.
Kami meneruskan perjalanan ke
Kessington Hotel dan singgah untuk makan tengahari di Halal Shack
Grill & Curry yang terletak berhampiran hotel beralamat di 6, Northand Crescent, West Kessington London.W14 8TQ 02076039200.
Selesai sudah kembara sehari di Paris dari London. Sedang aku menyiapkan travelog ini berlaku kejadian yang mendukacitakan di Paris. Kebanyakan media menyifatkan ianya sebagai tindakan keganasan, telah menyebabkan sekurang-kurang 120 terbunuh. Ianya melibatkan tembakan di sebuah restoran dan letupan berhampiran stadium sukan utama di negara itu. Sekali lagi mereka menunding jari kepada orang Islam. Sedih rasanya orang Islam yang ramai tinggal di Perancis, pasti mereka akan melalui saat sukar selepas ini. Aku melihat terlalu banyak komen di FB memenuhi ruang. Antaranya persoalan kenapa dunia begitu sibuk dengan secebis kekejaman yang berlalu di Paris sedang pembunuhan tanpa rasa peri kemanusiaan berlaku setiap saat di Palestin dan Syria. Puluhan ribu telah dibunuh dengan begitu kejam termasuk di Myanmar, Kashmir dan seluruh dunia. Namun seluruh dunia membisu kerana mereka orang Islam!
Rasa sedih dan kecewa sudah lama bertapak khasnya kepada pemimpin-pemimpin negara-negara orang Islam yang belum lagi menonjolkan kekuatan. Pemimpin-pemimpin dunia Islam kini kelihatan kehilangan fokus dan lalai dengan duniawi sehingga terlupa untuk berperanan kepada dunia Islam. Dunia Islam begitu lemah di mata penduduk dunia walaupun memiliki kekayaan yang tidak terhitung. Pun begitu rasa sedih di jiwa ini terasa sedikit terlerai apabila aku membaca satu artikel dari Saudi Gazette bertarikh 13 Nov. 2015 sehari sebelum kejadian berdarah di Paris.
Penulis memulakan tulisanya berkaitan sejarah yang meranapkan Tamadun Islam seketika iaitu Peristiwa Hulagu Khan ( cucu Genghis Khan) dari Mongolia yang menyerang Baghdad. Umat Islam diperlakukan semaunya dengan cara yang amat kejam sehingga dianggarkan 800,000 jiwa terkorban. Seluruh Kota Baghdad berdarah. Menariknya 80 tahun kemudian bangsa ganas ini diberi hidayah oleh Allah lalu memeluk Islam dan menyebarkan Islam ke seluruh alam. Kenapa mereka boleh berubah? Pasti umat Islam ketika itu yang terselamat dari menjadi mangsa keganasan menderita . Namun mereka telah mampu meneruskan kebaikan-kebaikan yang dibawa oleh Islam sehingga menyebabkan musuh yang begitu membenci Islam bertukar arah. Mereka yang mahu menghapuskan Islam menerima cahaya Islam secara sukarela kemudian menjadi pembela Islam sehingga Islam kembali gemilang. Muslim yang hidup ketika itu pasti telah melaksanakan kerja-kerja dakwah dengan baik sesuai dengan akhlak yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka telah berjaya beramal dan menunjukkan keindahan Islam dalam kehidupan mereka.
Firman Allah swt yang bermaksud
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung." [ Al Quran Surah Ali Imran ayat 104]
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat." ( HR Bukhari)
Melaksanakan kerja-kerja dakwah bukanlah satu pilihan atau kerja sukarela sebaliknya menjadi kefarduan setiap umat Islam. Akhirnya penulis mengajak pembaca menunaikan tugas dakwah di dalam kehidupan seharian. Setiap peluang harus digunakan. Di tempat kerja, sekolah, di dalam bas, di lapangan terbang atau di mana sahaja. Yang paling penting ada kala dakwah bukan apa yang dicakap sebaliknya apa yang diamalkan dan yang ditunjukkan. Ia menjadi contoh keindahan dan kebaikan yang ada pada seseorang Muslim.
Jadi sejarah berulang kembali, umat-umat Islam kembali menjadi mangsa mereka yang membenci Islam dengan pelbagai cara. Sehingga ramai yang terkorban secara kejam terutamanya di Syria dan Palestine. Bagaimana pula dengan keadaan umat Islam di negara-negara yang lain. Mereka masih lagi diulit kemewahan dan kesenangan yang melimpah ruah sehingga terlalai dengan pelbagai bentuk maksiat dan rendahnya moral. Umat Islam tidak lagi mampu menjadi contoh yang boleh diikuti oleh manusia lain di dunia ini. Kita sering mendengar komen dari orang Islam bahkan ulama sendiri. Keindahan Islam dapat dilihat di negara-negara bukan orang Islam seperti Jepun dan Eropah. Sedih umat Islam tidak mampu menonjolkan akhlak Islam walaupun di negara orang Islam. Umat Islam sudah tidak mampu menjadi umat yang mulia kerana gagal mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan mungkar.
Peristiwa warga Syria lari menyelamatkan diri ke negara Eropah melalui jalan laut dan darat amat menguris hati. Lebih malang lagi, ada yang tidak sempat sampai lalu maut menjemput diri. Ya Allah hanya padaMu kami berbaik sangka. Pasti ada rahsia disebalik peristiwa ini. Moga ianya menjadi pemula kepada kejayaan Islam di masa depan.
Di London...lebih mudah makan. |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan