Vadai di Malaysia, falafel di Arab Saudi . Aku pernah menyediakan vadai untuk dibawa ke majlis perpisahan Kak Afi. Tiba-tiba beberapa minggu lepas Kak Yah meminta resepi vadai tersebut, sedap dan lembut katanya. Aku pula memang sudah lama tidak membuatnya kerana hanya aku seorang saya peminat vadai di rumah. Aku pun terus membuka Blog Mat Gebu dan memberi resepi tersebut kepada Kak Yah. Tergerak hati, aku pun membeli kacang dhal yang memang banyak dijual di sini. Pelbagai warna lagi, hijau, oren dan sebagainya. Saiz kacang dhal juga berbeza, ada yang kecil dan seperti yang kita biasa guna untuk membuat dalca. Teringat pada masa lalu aku menggunakan lesung batu untuk menghancurkan kacang dhal. Sekarang semuanya mudah dengan adanya pelbagai teknologi.
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2:
250 g kacang dhal
1/2 biji bawang besar dipotong dadu kecil
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil garam
2 tangkai cili kering dihiris halus
1 biji cili hijau dihiris halus(pilihan)
Cara Membuatnya:
1. Bersihkan kacang dhal dan rendam selama 4 jam. Toskan dan kisar tanpa air
sehingga hancur. Elok guna food processor.
2. Masukkan kacang dhal yang telah dikisar, bawang, cili, daun kari, jintan manis
dan garam ke dalam sebuah mangkuk besar. Gaul rata.
3.Lumur tangan dengan sedikit minyak masak, ambil adunan dan bentukkan
seperti bergedil. Letak atas plastik yang telah disapu minyak.
4.Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan.
Sudah dibentuk, siap untuk digoreng. |
Boleh dimakan dengan cili hijau - awas jangan sampai berasap telinga kerana pedas. Dap,dap,dap. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan