Jumaat, 20 November 2015

Dapurku D'Riyadh(78) - Kuih Koleh Kacang



Keinginan untuk mencuba resepi ini sudah lama aku idamkan. Aku membawa 500g tepung kacang hijau yang siap digoreng dan dimesin dari Malaysia. Lama tersimpan di dalam peti sejuk, akhirnya aku berjaya juga menghasilkan kuih yang enak ini.  Tetapi kuih yang aku sediakan ini tidak mampu menyamai kuih koleh kacang yang aku selalu order pada bulan puasa. Pn Hjh Hayati Sidek, sahabatku memang pandai membuatnya. Biasanya aku beli darinya untuk dikongsi bersama rakan-rakan, maklumlah rasanya yang manis dan berlemak tidak sesuai dimakan dalam kuantiti yang banyak. Memang memerlukan banyak kesabaran menyediakan kuih yang sedap ini. Aku terfikir bagaimana bijaknya orang dahulu menghasilkan resepi ini. Mengherankan bagaimana penciptanya boleh terfikir untuk menabur tahi minyak (adoi buruk bunyinya) di atasnya untuk menambahkan keenakan rasanya. Bijak2!
Resepi ini diambil dari FB EnaZamri Rashid. Tapi aku hanya menyediakan separuh dari resepi asal. Santan yang aku gunakan adalah santan asli dari kelapa segar.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Kuih Koleh Kacang.

Menyediakan Tahi Minyak
1/2 kg santan
Masak di dalam kuali non stick menggunakan api sederhana.
Biarkan santan berbuih
Menjadi semakin kental dan mula menjadi perang.
Kacau sekali sekala
Minyak mulai keluar dan warna semakin perang.
Tutup api dan tapis. Minyak yang terhasil
boleh digunakan untuk dimasak atau disapu
di rambut untuk menghitamkan rambut.

Menyediakan kuih koleh kacang
Bahan A:
200 g gula merah (aku campur dengan gula Melaka untuk jimat stok)
50 g gula pasir
150 ml air
2 helai daun pandan
Masak semua sehingga larut dan tapis

Bahan B:
150 g tepung kacang hijau
1 sudu kecil garam

Bahan C:
200 ml santan 
650 ml air

Campur semua bahan A,B dan C di dalam periuk atau kuali. Kacau atas api sederhana . 


Masukkan satu sudu kecil minyak kelapa yang dibuat tadi.
Kacau tanpa berhenti apabila adunan semakin pekat.
Kacau sehingga adunan menghasilkan gelembong-gelembong.


Masa yang diperlukan lebih kurang 25 minit.
Tuang di dalam bekas yang sesuai.Biarkan sejuk.
Taburkan tahi minyak dan potong apabila telah betul-betul sejuk.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...