O' De'lices
Suasana di dalam Metro |
Tiba di Stesen Gallieni pada pukul
6.00 petang, ayuhai perut terasa lapar bukan kepalang. Maklumlah makannya kurang tetapi berjalannya yang lebih. Kami
mengambil keputusan untuk meninjau kawasan berhampiran dengan Stesen Gallieni dan keluar dari bangunan tersebut. Rupanya terdapat banyak bangunan kedai dan hotel budget
di kawasan ini. Kami merayau-rayau melalui laluan yang dipenuhi oleh peniaga
berbangsa Bangladesh yang menjual buah-buahan yang segar seperti
strawberi, pisang, rasberi dan sebagainya. Kami meninjau jika terjumpa
kedai halal untuk mengisi perut yang sudah terlalu lapar maklumlah perjalanan
ke London masih jauh lagi. Tiba-tiba kami di sapa oleh seorang lelaki berbangsa
Bangladesh yang sedang melepak bersama seorang lagi rakannya berhampiran dengan laluan kami.
"Assalamualaikum". Sapanya dengan senyuman. Kami agak terkejut namun terasa ikatan persaudaraan Islam yang mahu dihulurkan.
"Assalamualaikum". Sapanya dengan senyuman. Kami agak terkejut namun terasa ikatan persaudaraan Islam yang mahu dihulurkan.
"Malaysia?"Tanya lelaki berusia
dalam lingkungan awal tiga puluhan itu lagi.
"Waalaikummussalam. Ya Malaysia." Kami
menjawab serentak penuh kegembiraan.
Dengan menggunakan Bahasa Melayu
yang fasih beliau terus memperkenalkan dirinya.
"Saya Elias, saya pernah tinggal di Malaysia." Elias seolah faham akan persoalan yang sedang bermain di minda kami.
"Ohh..patut la awak boleh berbahasa Melayu dengan baik." Suamiku menyambut salam perkenalan dari Elias. Suamiku yang kelihatan begitu berhati-hati takut tertipu mula menunjukkan riak kemesraan.
"Dulu saya bekerja di Gajah Berang Melaka selama 5 tahun tanpa permit ". Terang Elias selamba.
"Kampung saya tu."Suamiku mengaku dengan rasa bangga.
"Ohh..patut la awak boleh berbahasa Melayu dengan baik." Suamiku menyambut salam perkenalan dari Elias. Suamiku yang kelihatan begitu berhati-hati takut tertipu mula menunjukkan riak kemesraan.
"Dulu saya bekerja di Gajah Berang Melaka selama 5 tahun tanpa permit ". Terang Elias selamba.
"Kampung saya tu."Suamiku mengaku dengan rasa bangga.
"Semalam ada satu keluarga dari
Malaysia, saya jumpa di sini juga." sambung Elias lagi.
Setelah rasa agak selesa aku menyuruh suami bertanya tempat makanan halal kerana rasa lapar yang amat sangat.
"Ada restoran halal dekat sini?" Tanya suamiku.
"Ada, dekat saja. Awak ambil
jalan ini, terus kemudian jumpa lampu isyarat terus lintas.. dekat aje." Elias memberi penerangan kepada kami.
"Jom bawa kami ke sana, perut dah
lapar ni." rayu suamiku.
"Ok."jawab Elias lalu turun
melalui anak tangga untuk mendapatkan kami sambil diperhatikan rakannya
Banyak cerita yang Elias sampaikan kepada kami berkaitan kerjayanya ketika di Malaysia. Kebanyakannya yang baik
untuk didengari mengenai pengalaman Elias sepanjang lima tahun bekerja dengan
seorang tauke berbangsa Cina di Melaka. Selepas balik ke Negara asal beliau tidak
juga beroleh sebarang pekerjaan lalu mendapatkan suaka politik untuk tinggal di
Perancis. Elias mendapat elaun sebanyak RM1500 sebulan tanpa pekerjaan.
Beliau seronok tinggal di Paris. Memandangkan elaun yang beliau dapat hanya
cukup untuk belanja seharian, maka beliau
terpaksa melakukan kerja tanpa izin. Seperti menjual barang-barang yang
dapat dilihat dikebanyakan tempat yang menjadi tumpuan pelancong.
Dah sampai ke Restoran halal |
Beliau berazam untuk memohon menjadi warganegara Perancis dalam masa beberapa tahun lagi. Tidak ketinggalan Elias menujukkan
kepada kami permit untuk dia tinggal di Paris dan permit itu perlu dibawa ke
mana sahaja. Kerap kali Elias memuji kebaikan Polis Perancis terhadap mereka,
kami hanya mengangguk tanda faham. Banyak yang ingin Elias ceritakan namun
perjalanan kami menuju ke restoran yang dicari tidak jauh, hanya memerlukan masa lebih kurang5 minit. Kami mengajak Elias untuk makan bersama kami tetapi beliau menolak dengan
alasan ada kerja.
Pizza dan Nasi Biryani Kambing |
Restoran halal ini agak besar dan ianya begitu sibuk dengan pelanggan yang berbagai bangsa. Terletak di kawasan pejalan kaki untuk ke pusat membeli belah dan stesen pengangkutan yang agak penting di Gallieni. Kami terus meneliti menu yang disediakan di kaunter pesanan dan ruang pamer makanan yang disediakan. Lelaki berjanggut panjang yang bertugas di kaunter pesanan tersenyum melihat kehadiran kami. Terasa seronok bertemu saudara seagama di bumi asing ini. Mungkin berbangsa Pakistan kerana di depannya terdapat tabung derma untuk Pakistan. Elias meninggalkan kami setelah menyakinkan kami makanan di restoran ini benar-benar halal. Maklumlah pengalaman kawan-kawan yang pernah makan di kedai Arab di Paris, rata-rata meragui kehalalan makanan yang dihidangkan. Ini kerana terdapat minuman keras dan sebagainya. Setelah diteliti tiada minuman keras berada di dalam restoran tersebut maka kami merasa lebih yakin. Pelbagai makanan boleh dipesan termasuk nasi, pizza, burger, spageti dan sandwich.Terliur melihat menu pizza yang menarik dan halal pula, aku dan Saffura bersetuju untuk memesan pizza. Suamiku pula memilih nasi biryani berlauk kambing. Kami mencari tempat duduk yang agak selesa sambil memerhatikan pelanggan lain yang masuk dan memesan pelbagai jenis makanan.
Alhamdulillah mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakan makanan kami. Kami dilayan seperti di restoran ala barat dengan susunan pinggan dan gelasnya beserta pisau dan garpu. Pizza yang dihidangkan amat menarik dan enak sekali, terutama taburan cheese yang banyak dan sangat sedap . Memang hidangan pizza ini tidak dapat diatasi oleh mana-mana pizza yang pernah aku makan sebelum ini termasuklah dari jenama Domino atau Pizza Hut. Kami berdua berjaya menghabiskan pizza bersaiz 24 cm itu berdua tanpa banyak bicara. Suamiku pula menghabiskan nasi biryaninya. Memang lapar betul kami kali ini maklumlah seharian hanya mengalas perut
Sudah kenyang...hepi2 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan