Isnin, 2 November 2015

Dapurku D'Riyadh (66) - Bubur Nasi



Selsema melanda Arab Saudi, ramai yang mengalaminya termasuk 90% rakan sekelas Saffura. Saffura juga tidak terkecuali akhirnya. Seminggu kemudian aku turut dijangkiti virus selsema dan demam. Hanya bubur nasi bermain di fikiran. Kebetulan beras Calrose masih ada di dalam simpanan. Beras Calrose dari Mesir amat sesuai untuk dibuat bubur nasi. Masa yang diperlukan untuk beras masak dan menjadi bubur tidak lama. Tidak sampai 1 jam, ianya masak dengan sempurna. Warnanya yang putih bersih menambahkan lagi keinginan untuk menjamahnya. Bubur nasi kosong boleh dipelbagaikan hidangannya mengikut selera.


2 cawan beras Calrose dimasak bersama air yang
banyak untuk menghasilkan bubur nasi kosong.
Boleh dimasukkan sedikit garam .

Bubur nasi bersama ikan talang kering, cili kering
goreng, bawang goreng dan kacang tanah goreng.

Bubur nasi bersama sambal ikan bilis, ikan bilis goreng,
kacang tanah goreng dan keropok sayur.

Bubur nasi dihidang bersama sup ayam dan sambal kicap cili padi
Bubur nasi dimasak bersama cendawan butang, lobak
merah dan dihidang bersama hirisan cili hijau.
Bubur nasi dimasak bersama ayam, dihidang dengan
telur goreng hancur dan kacang kuda rebus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...