Jumaat, 20 November 2015

Dapurku D'Riyadh (76) - Mee Kari


Mee kari merupakan hidangan alternatif di hujung minggu. Namun resepi yang aku sediakan di Riyadh tidak seperti ketika di tanah air. Kerang dan bebola ikan memang tidak aku temui di sini. Begitu juga mee kuning aku gantikan dengan spageti. Resepi yang mudah dan sedap dimakan. Mudah kerana semua bahan dimasukkan di dalamnya.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Kuah Mee Kari
Bahan2:
400 g ayam (daging) dipotong kecil
Udang (pilihan-tak letak)
Tauhu (digoreng dan dipotong)
3-4 batang serai
3 sudu besar serbuk kari ayam (Adabi)
1 sudu besar serbuk kari ikan (Adabi)
Santan secukupnya
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
(1 biji bawang besar,serai, halia dan bawang putih dikisar)
(1 biji bawang besar dihiris dadu)
1 helai daun pandan
2 biji kentang dipotong dadu
1 biji carrot dipotong dadu
Penumis
Minyak masak
Garam
Daun kari

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan penumis, daun kari dan
   bawang besar yang dihiris.Kacau sehingga kekuningan.
2.Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau. Masukkan rempah.
   Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan ayam dan carrot. Kacau
   sehingga separuh masak. Masukkan sedikit garam.
3.Masukkan santan dan kentang. Biarkan sehingga ayam masak dan
   kentang lembut. Masukkan udang. Perlahankan api dan biarkan
   sehingga pecah minyak. Perisakan.


Untuk hidangan
spageti yang direbus sehingga lembut
Tauge
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Telur rebus.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...