Ahad, 1 November 2015

Dapurku D'Riyadh (64) - Nasi Goreng Kangkung



Waktu selepas solat subuh merupakan waktu paling  sibuk bagi aku. Aku yakin semua para kaum wanita di Riyadh seperti diriku sibuk menyediakan juadah minum pagi dan juga bekalan untuk insan-insan tersayang. Di sini tidak ada gerai di tepi jalan untuk membeli pelbagai juadah tersedia, semuanya perlu disediakan sendiri. Tiada kantin di sekolah Saffura. Di universiti tempat suamiku bertugas pula hanya menjual makanan segera. Jadi bekalan mesti disediakan setiap pagi adakalanya kekeringan idea juga. Spageti, bihun goreng dan nasi goreng adalah menu yang sentiasa menjadi pilihan. Nasi goreng kangkung merupakan kegemaran kami, ianya mudah disediakan. Di mana dapat kangkung? Kebanyakan Mall ada menjual kangkung..hihi.


Bismillahirrahmanirrahim

Bahan2:
1 pinggan nasi (digaul dengan garam )
1 sudu ikan bilis
Sedikit kangkung (diambil daun sahaja)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau/cili api
1/4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia (jika suka)
(Cili, bawang, halia dan ikan bilis dikisar)
Sedikit minyak zaitun dan 1 sudu besar  mentega
Garam secukupnya.
Sedikit serbuk lada hitam (jika suka)
Sedikit kicap (jika suka)

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak dan mentega di dalam kuali. Masukkan
   bahan kisar dan goreng sehingga kekuningan.
2.Masukkan kangkung, kacau sebentar. Masukkan lada
    hitam dan kicap, kacau supaya sebati. 
3.Masukkan nasi dan kacau sehingga nasi mesra dan berbau
   enak. Perlu masa yang lama sedikit untuk menghasilkan  nasi
   goreng yang sedap.
4.Hias dengan telur mata kerbau, ikan bilis goreng dan timun.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...