Hujan Di Riyadh
Selepas Jeddah, Mekah dan Madinah ditimpa hujan lebat, minggu ini giliran Riyadh dan kawasan sebelah Timur Arab Saudi pula. Musim hujan menandakan bermulanya Winter setelah lebih seminggu kami menikmati cuaca yang sungguh nyaman. Seperti biasa sekolah dan universiti ditutup sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku perkara yang tidak diingini. Hujan yang agak lebat bermula pada tengah malam sehingga pagi hari Selasa esoknya seperti yang dijangkakan. Aku pula yang sudah terlelap lebih awal terjaga di tengah malam dan tidak boleh melelapkan mata lagi. Lalu aku menjadi pemerhati hujan yang turun bersama aliran air yang agak deras di jalan raya yang terletak di depan apartmentku. Ternyata warga Riyadh juga tidak tidur malam dan kenderaan tidak berhenti melalui kawasan rumahku sehingga ke pagi. Mungkin ada yang meraikannya setelah diumumkan cuti keesokannya.
Hari Rabu, hujan turun sepanjang hari sehingga ke lewat petang. Sekolah terus bersambung cuti dan dibuka semula pada hari Ahad (29/11/15). Saffura agak boring duduk di dalam rumah lalu kami berdua bersiar-siar sekitar kawasan perumahan kami. Ianya tidak pernah dibuat sebelum ini. Cuaca yang sejuk 17 C, agak menyegarkan untuk kami berjalan kaki melihat persekitaran sambil mengambil gambar dan mencuci mata melihat mewahnya rumah-rumah jiran Arab Saudi yang tidak kami kenali.
|
Perkampungan universiti |
|
Apartment kami dari tepi. |
|
Suka tengok air yang bertakung |
|
Hasil tadahan air hujan selama 2 hari di jalan raya |
|
Di depan rumahku - binaan sedang dibuat untuk menanam
pokok. Tidak lama lagi menghijaulah. |
|
Deretan villa yang sedang dibina di depan rumahku |
|
Jalan raya di depan rumahku - dijangka akan menjadi
jalan utama |
|
Sejuk2 |
|
Masjid terdekat - selang 3 blok dari aparment kami |
Gambar-gambar Villa di bahagian belakang apartment kami.
|
Dua villa bersaiz besar |
|
Rumah yang sama dari segi bentuk dan saiz adalah biasa. |
|
Akhirnya berjalan ke kedai buat pertama kali,
Kedai paling dekat dengan rumah. |
|
Kawasan persekitaran berhampiran Pandati
Banyak kedai lagi nun di sana. |
Menerima beberapa gambar kejadian banjir sekitar Riyadh dari FB. Namun tidak seteruk banjir pada tahun 2013. Alhamdulillah tiada kehilangan nyawa setakat ini.
|
Di Riyadh |
|
Di Buraidah pula (300+km dari Riyadh)
ditimpa hujan batu. |
zias/riyadh/15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan