Kuwait terletak di pantai Teluk Arab dan berjiran dengan Iraq yang terletak di utara dan Arab Saudi di selatan. Kuwait merupakan sebuah negara raja berperlembagaan dan kini di bawah pemerintahan Amir Sabah Al-Ahmad Al-Jabir Al-Sabah (semenjak 29 Januari 2006). Kuwait menjadi agak terkenal apabila berlakunya Perang Teluk Arab. Perang meletus apabila Kuwait diserang oleh Iraq yang pada masa itu diperintah oleh Saddam Hussein pada 2 Ogos 1990. Amerika Syarikat diberi kuasa oleh Majlis Keselamatan PBB mengetuai angkatan tentera campuran yang terdiri daripada beberapa buah negara bertempur untuk membebaskan Kuwait. Tentera Iraq berundur dari Kuwait pada 26 Februari 1991. 1000 orang Kuwaiti terbunuh manakala 600 orang lagi hilang.
Dari Google
Negara kecil ini mempunyai keluasan hampir 17,800 km persegi. Mempunyai jumlah penduduk seramai 4.1 juta di mana hanya 1.2 juta adalah warga Kuwait manakala 2.8 juta yang lainnya adalah ekspatriat. Mata wang Kuwait iaitu Dinar adalah unit mata wang dengan nilai paling tinggi di dunia. Kuwait merupakan negara ke 5 terkaya di dunia di mana petroleum dan baja merupakan dua sektor utama yang memonopoli ekonomi Kuwait. Terbahagi kepada 6 daerah utama yang diperintah oleh gabenor masing-masing. Ianya terdiri daripada Jahra, Al Asimah, Farwaniya, Hawalli, Mubarak Al-Kabeer dan Ahmadi. Kuwait City merupakan ibu negara Kuwait.
Tidak ada perbezaan waktu antara Kuwait dengan Arab Saudi namun waktu solat lebih awal di Kuwait. Pukul 6.00 pagi kami sudah turun untuk bersarapan pagi di kafe hotel. Makanan yang dihidangkan ala Barat dan Arab dengan hidangan cheese yang segar dengan pelbagai bentuknya.
|
Suasana di dalam cafe |
|
Hidangan 'grape leaves' mesti ada setiap pagi. |
Selepas sarapan pagi kami terus keluar untuk melihat sekitar Kuwait City terutamanya Kuwait Tower yang terkenal itu. Dalam perjalanan kami ternampak pantai, gembira rasa hatiku, apa lagi kami pun singgah sebentar. Masih pagi, orang tidak ramai di sekitar taman yang terletak berhampiran pantai itu.
|
Pantai untuk bersantai |
|
Berkabus terutama di awal pagi sehingga tengahari. |
|
Wow..best nya. |
Kami tidak lama di situ, lagi pula sememangnya kami mengejar masa untuk melawat 10 tempat utama yang harus dilawati di Kuwait secepat mungkin. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuwait Towers yang berada tidak jauh dari kawasan hotel kami iaitu Benaid Al Gar. Kami meneruskan perjalanan di sepanjang Arabian Gulf Road untuk sampai ke mercu tanda negara Kuwait itu.
|
Sudah masuk kawasan parkir. |
|
Terdapat taman yang luas di sebelah Kuwait Towers |
|
Posing2 la...apa lagi. |
Kami masuk ke dalam kawasan berpagar di mana terletaknya Kuwait Towers yang tesergam megah.
|
Tempat beli tiket |
|
Bunga-bunga memenuhi lanskap sekitar Kuwait Towers |
|
Cantik |
|
Bunga di setiap sudut. |
Menara yang pertama berketinggian 187 meter dengan dua sfera. Di sini terdapat Viewing Sphere dan restoran. Menara yang kedua dengan satu sfera pula mempunyai ketinggian 145 meter dan berfungsi sebagai tangki simpanan air. Menara ketiga tanpa sfera berfungsi sebagai rumah kelengkapan yang bertindak mengawal aliran elektrik bagi menjana tenaga dan cahaya bagi ketiga-tiga menara tersebut. Menara ini dibuka kepada orang ramai pada Mac 1979.
|
Tidak jemu ambil gambar |
|
Lebih dekat |
|
Aquapark betul-betul di sebelah Kuwait Tower |
Teringin pula untuk naik ke atas menara tersebut. Selepas perbincangan yang serius, kami pun mencari tempat jualan tiket untuk naik ke atas. Tiket berharga 3KD seorang untuk ke Viewing Sphere. Terdapat Ofak (Horizon) Restaurant di ketinggian 82 meter di atas paras laut yang menawarkan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
|
Sfera paling besar, terdapat restoran. |
|
Pemeriksaan sebelum masuk...tapi tidak ada petugas pun. |
|
Petugas sedang mengiringi pelawat menaiki lif sama ada ke Horizon Restaurant atau Viewing Sphere. |
|
Viewing Sphere terletak pada ketinggian 124 meter dari paras laut mempunyai 2 tingkat.
Ruang lantainya berputar seperti di Menara Kuala Lumpur. |
Dari ruang Viewing Sphere kita dapat melihat pemandangan Kuwait City dengan lebih jelas. Pemandangan lautnya yang luas begitu memukau.
|
Bangunan AlHamra berdiri megah. |
|
Pantai dan jeti. |
|
Kelihatan sfera di menara sebelah |
|
Pemandangan di bawah menara |
|
Ada kafe menjual minuman ringan. |
|
Kawasan parkir dan Arabian Gulf Road yang penting dan utama di sepanjang pantai |
|
View di bawah...sesekali terasa gayat. |
|
Ruang bersantai sambil melihat panorama Kuwait City |
|
Aquapark dapat dilihat dengan jelas dari atas menara |
|
Arabian Gulf Road menuju ke arah bandaraya. |
Hampir satu jam kami berada di atas menara untuk mengambil gambar sepuasnya. Tanpa kami sedari bahawa Kuwait Towers baru dibuka semula dua minggu lepas untuk lawatan setelah ditutup untuk tujuan menaik taraf selama 5 tahun.
|
Tidak jemu mengambil gambar |
Kami berkunjung ke dataran Kuwait Towers sekali lagi pada malam terakhir kami di Kuwait. Cuaca di malam hari begitu sejuk dengan tiupan angin yang agak kuat dari Teluk Arab. Ramai yang berkunjung di kawasan tersebut bersama keluarga untuk berpiknik. Ada juga yang makan malam di beberapa restoran yang terdapat bersebelahan dengan dataran Kuwait Towers. Suasana malam begitu meriah dengan kedatangan pengunjung pelbagai bangsa.
|
Kuwait Towers di waktu malam. |
Bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan