Rabu, 6 April 2016

Travelog : Oh! Riyadh (97) -- Hujan Lebat Di Mekah

Hujan Lebat Di Mekah.


Hasrat untuk ke Mekah telah tertangguh sebanyak dua kali. Ianya disebabkan berita yang kami terima bahawa abang kepada suamiku, Abang Azmi  akan menunaikan umrah pada bulan Mac. Abang Azmi berkerja di bawah anak syarikat kerajaan negeri Melaka. Beliau dan juga seluruh kaki tangan syarikat tersebut telah diberi peluang menunaikan umrah dengan nilai yang tertentu. Baki perbelanjaannya akan ditanggung oleh kaki tangan tersebut sendiri. Jadi setiap bulan pasti ada wakil syarikat yang menunaikan umrah. 

Mulakan perjalanan .


Petang Khamis pada 31/3/2016 kami pun memulakan perjalanan pada pukul 5.15 petang. Cuaca agak sejuk seolah masih di musim sejuk dengan tiupan angin yang agak kuat. Suhu ketika itu sekitar 20 C. Ketika di dalam perjalanan keluar dari Al Yasamin, kelihatan kawasan lapang di sebelah kanan jalan menuju lapangan terbang sudah mula dipenuhi dengan kenderaan. Aktiviti piknik sudah bermula rupanya di waktu petang hari Khamis.

Kawasan berhampiran Diriyah juga mula dikunjungi.
Suasana malam di Al Muzahimiyah.(59 km dari Riyadh)
 


Mercu tanda di Al Quwaiiyah (175 km dari Riyadh)
Lampu-lampu bercahaya apabila tiba di bandar besar.

Suhu semakin sejuk  dengan tiupan angin kencang.

Kami berhenti dan tidur di Dzalim pada pukul 10.30 pagi sehingga pukul 12.30. Terasa segar walaupun tidur lebih kurang dua jam. Suasana di jalan raya agak sibuk dengan kereta dan bas yang 
agak banyak bilangannya meskipun di waktu tengah malam. Pun begitu kebanyakan kenderaan berat seperti lori lebih banyak berada di kawasan rehat sepanjang perjalanan.Alhamdulillah. Kami tiba di Qarnul Manazil, Taif pada pukul 4.00 pagi. Seperti diduga, suasana memang meriah dengan orang ramai yang mahu mengerjakan umrah. Kebanyakannya adalah warga luar yang bekerja di Arab Saudi. Selepas menunaikan solat Subuh, kami bertolak ke Mekah sambil bertalbaih sepanjang perjalanan.

Di Miqat Qarnul Manazil

Terowong untuk ke Masjidilharam
Kami meletakkan kereta di kawasan parkir Hotel Al Shohada lalu berjalan kaki ke hotel di mana Abang Azmi dan rombongannya tinggal. Kami tinggalkan Saffura di bilik Kak Fazidah dan anaknya, Fatin Farizah. Aku juga berehat di bilik mereka setelah selesai menunaikan umrah. Suasana di sekitar Kaabah dan Saie seperti di musim haji. Orang begitu ramai, jadi kami tidak mempunyai pilihan melainkan menggunakan kemudahan mataf di tingkat satu untuk menyelesaikan tawaf umrah. Aku juga sedar, ianya adalah peluang terakhir menggunakan mataf kerana mataf sementara tersebut diruntuhkan tidak berapa lama lagi. Kerja-kerja bermula pada hari Ahad, 3/4/2016 (25 Jamad Al-Thani 1437AH) dan dijangka berakhir pada 20 Shabaan 1437AH. seperti dilapurkan oleh Arab News bertarikh 4/4/2016.

Satu-satunya gambar yang diambil di dalam Masjidilharam
kerana kesuntukan masa.

Hujan yang lebat turun ketika kami berada di lobi hotel menanti untuk masuk ke bilik yang belum disiapkan lagi oleh pihak hotel. Aku agak teruja lalu keluar melihat suasana di depan pintu masuk hotel. Orang ramai berkumpul di situ untuk melihat hujan yang turun dengan lebatnya. Semua sibuk mengambil gambar atau membuat rakaman video. Ada yang menadah tangan dan berdoa. Semuanya kelihatan ceria dan bersyukur dengan anugerah Allah di petang semulia hari iaitu Jumaat yang penuh berkat. Hujan sudah bermula dari semalam dan hujan lebat terus turun selama beberapa hari di Mekah (sehingga hari Ahad). Pertama kali aku bertemu dengan hujan yang lebat di Mekah.

Hujan lebat 

Air mulai naik


Semua berminat untuk melihat hujan yang turun
Hujan semakin lebat kemudian berkurangan.


Kembali tenang.
Suasana hujan lebat di Kaabah.

Hujan batu sekitar Hotel Jawad Al Taj di mana Abang Azmi  dan rombongannya tinggal.

Kami masuk ke bilik hotel selepas pukul 4.00 petang. Rasa penat menanti hilang apabila bilik yang diberi mempunyai view yang menarik. Juga sebakul buah-buahan untuk meraikan kami.

Pemandangan dari tingkap bilik hotel

Kelihatan juga kawasan parkir bas yang disediakan oleh pihak hotel


SAR796 semalam untuk tiga orang termasuk breakfast.
Tempahan hotel melalui www.agoda.com
Malamnya, aku dan Saffura berada di bahagian depan Masjidilharam sehingga solat Isyak.

Kebanyakan tempat sudah dipenuhi terpaksa duduk di depan Hotel Hilton

Selepas Solat Maghrib kami pindah dekat sikit dengan Safwah Tower.

Sudah ada kipas besar yang menyejukkan
Dapat secawan kopi Arab.

Seperti yang dijanjikan kami bertemu di Tingkat 3 , Safwah Tower untuk makan malam selepas solat Isyak. Hasrat untuk menjamu makanan ala Malaysia dari Restoran Malaysia D'Saji tidak tercapai kerana menu yang kurang menyelerakan. Aku juga perasan, sebahagian dari ruang berniaga Restoran D'Saji telah pun diberi nama baru. Malangnya aku tidak terfikir untuk mengambil gambar. Akhirnya kami menjamu selera dengan nasi Arab dan murtabaq untuk keluarga Abang Azmi.

Kak Fazidah dan Abang Azmi

Nasi Mandi , Nasi Bhukari  dan murtabaq menjadi sajian.


Fatin Farizah dan Saffura

Gambar2 sewaktu di dalam perjalanan pulang ke hotel. Sekitar Masjidilharam sentiasa penuh dengan tetamu Allah. Kerja-kerja pembinaan terus berjalan lancar.


Masih di dalam pembinaan.
Dataran untuk solat disediakan berhampiran Safwah Tower
Tandas yang selesa disediakan memudahkan para tetamu

Keesokan paginya kami hanya dapat bertemu dengan Abang Azmi di depan pintu pagar istana kerana Kak Fazidah dan Ijah tidak dapat turut serta. Ini disebabkan ketiadaan bekalan elektrik di hotel mereka. Kami juga tidak mampu untuk menaiki tangga ke tingkat 12 untuk bertemu dengan mereka. Hotel yang mereka duduki terletak bersebelahan dengan Hotel Le Meridean, tidak jauh dari Masjidilharam namun diduga dengan ketiadaan bekalan elektrik pula. Moga kesabaran menempuh dugaan sepanjang berada di Mekah, Allah gantikan dengan umrah mabrur.

Kami bergerak lebih awal untuk kembali ke Riyadh kerana kami mahu singgah membeli air Zamzam juga Taif. Kami menjamu selera terlebih dahulu di hotel. Seperti biasa banyak pilihan makanan dihidangkan. Pelbagai jenis roti, croissant, muffin  dan Danish pastry yang cantik dan menarik disediakan. Hidangan sebegini menjadi trend bagi hotel-hotel di Mekah dan Madinah, sehingga sukar untuk menolaknya.

Suasana yang sungguh selesa dengan pelbagai pilihan makanan.

Makan Kuskus pula kali ini.

Sekadar mahu merasa.




                                                 
                                                                                                                zias/riyadh/16

                                                             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...