Sabtu, 16 April 2016

Dapurku D'Riyadh (158) - Chicken Pops



Bismillahirrahmanirrahim

Resepi berasaskan ayam sememangnya enak. Resepi Chicken Pops ini dikongsikan di laman Fb. Ianya amat sesuai untuk dijadikan bekalan anak-anak ke sekolah. Mudah dimakan kerana mengandungi isi ayam sahaja, rangup dan lebih sedap jika dimakan bersama sos. Aku gandingkan Chicken Pops dengan nasi goreng kerana kekeringan idea untuk memasak lauk pauk seperti biasa. Ternyata ianya begitu menyelerakan dan menyihatkan. 

Chicken Pops dimakan bersama nasi goreng
Resepi ini memerlukan serbuk roti dan cornflakes untuk disalut kepada isi ayam tersebut supaya lebih rangup. Di sini aku sertakan juga bagaimana menyediakan serbuk roti yang begitu banyak kegunaannya bagi menyediakan pelbagai hidangan seperti membuat nuget, bebola kentang dan ayam goreng . Mudah sekali menyediakan serbuk roti rupanya.

Cara Menyediakan Serbuk Roti.

Bahan2:
Kepingan roti putih
Cara Membuatnya:
1.Roti dicarikkan kepada saiz yang lebih kecil.
2.Masukkan ke dalam dulang pembakar.
3.Bakar pada suhu 180 C sehingga sedikit keperangan.

Masak sehingga sedikit perang
4.Masukkan ke dalam food processor dan mesin sehingga terbentuk
   serbuk roti.
Mesin sehingga halus

Sama seperti yang dibeli

Resepi Chicken Pops
Bahan2:
1/2 kg isi ayam dipotong kecil
1/2 sudu kecil Chili flakes @ cili hijau yang dikisar kasar*
1 sudu besar jus lemon*
1 sudu kecil bawang putih yang dikisar*
1 sudu kecil halia yang dikisar(pilihan)*
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam*
2 sudu besar sos cili* 
1/2 sudu kecil Mustard paste*
1 biji telur*
Garam*
1 sudu kecil rempah kari ayam* (pilihan)
1 cawan serbuk roti
1 cawan cornflakes yang dikisar (tak letak)
Minyak untuk memasak.

Bahan yang diperlukan

Cara Membuatnya:
1.Gaul ayam bersama semua bahan yang bertanda *.Perap
   selama dua jam.
Gaul semua dan perap
2.Campurkan serbuk roti dan cornflakes biar rata.
3.Panaskan minyak di dalam kuali.
4.Salutkan isi ayam yang telah diperap dengan campuran
   serbuk roti dan cornflakes. Goreng sehingga masak.
5.Lebih sedap dimakan ketika panas.

Sedap dimakan dengan mayonis dan cili sos.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...