Rabu, 6 April 2016

Dapurku D'Riyadh (152) - Cheese Muffins


Bismillahirrahmanirrahim

Hari yang dinanti oleh Saffura dan rakan-rakan sekelasnya berakhir sudah pada hari Khamis lepas (31/3/16). Hari di mana berlangsungnya pertandingan nasyid tahunan di sekolahnya. Pertandingan tersebut sudah tertangguh dengan alasan tertentu dari pihak pengurusan sekolah. Persediaan yang dibuat oleh kelas Gred 8 sudah bermula agak lama, melebihi tiga bulan rasanya. Pelajar seramai 6 orang itu bersama Teacher Asma bekerja keras memilih lagu, mencari step yang sesuai dengan lagu serta pakaian yang terbaik untuk dipakai. Lebih SAR300 dibelanjakan untuk membeli pakaian nasyid serta kasut pada kali ini. Pelbagai krisis berlaku sepanjang persediaan tersebut. ini kerana berlaku persaingan hebat untuk memenangi title juara nasyid tersebut. Tiada tempat kedua atau ketiga...hanya juara.

Aku agak keletihan membuat persediaan untuk ke Mekah pada petang Khamis. Permintaan Saffura dan rakan-rakannya supaya aku menyediakan Cheese Cake tidak dapat aku penuhi. Pun begitu rasa kasihan pula mahu melepaskan Saffura tanpa sebarang bekalan pada hari yang begitu penting baginya. Walaupun rakannya Nur Farhana ada membawa Pizza, aku juga mahu memberi sumbangan pada hari yang penuh bermakna tersebut. Jadi Cheese Muffins menjadi pilihanku kerana semua bahannya ada di dapurku. Cara menyediakannya juga agak mudah dan boleh disediakan pada pagi hari tersebut. Rasanya memang sedap dan resepi yang aku ambil dari FB ini menghasilkan 12 muffin.

Sepanjang hari aku berdoa supaya Saffura dan rakan-rakannya bergelar juara. Alhamdulillah usaha dan kerjasama yang mereka lakukan diberi kejayaan oleh Allah. Tahniah!


Resepi Cheese Muffins

Bahan2:
Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
1/2  sudu kecil garam
2 cawan hirisan Monzarella
Sedikit serbuk lada hitam

Bahan B
1 biji telur dipukul sederhana
1/2 cawan yogurt 
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan mentega yang dicairkan

Bahan untuk hiasan
Serbuk Paprika
Hirisan cheese

Cara Membuatnya:
1.Campurkan kesemua bahan A di dalam sebuah bekas dan kacau rata.
2.Campurkan semua bahan B di dalam sebuah bekas  yang lain dan kacau rata
3.Campurkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata.
4.Sapukan bekas acuan muffin dengan mentega dan ditabur tepung
   di dalamnya.
5.Masukkan adunan ke dalam acuan muffin separuh penuh.
6.Tabur di atasnya dengan serbuk paprika dan hirisan cheese
7.Bakar pada suhu 190 C selama 20-25 minit atau sehingga masak.


Sudah masak

Untuk dibawa bekal

Penuh dengan rasa cheese


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...