Selasa, 12 April 2016

Travelog : Kuwait Dihatiku (5) - Temu Janji Di Souq Sharq, Kuwait


Temu Janji Di Souq Sharq, Kuwait.

Berada di zaman dunia tanpa sempadan membolehkan maklumat diterima dalam masa yang singkat ke seluruh dunia. Aku tidak menyangka hasil dari muat naik status checkin di Hotel Continental Kuwait yang dibuat oleh suamiku di akaun Facebook dan ditagkan kepada FB milikku telah menatijahkan suatu kenangan yang indah kemudiannya. Sepupuku yang bernama  Pn Maznah terus memberi komen di FB milikku dan memberitahu kepada aku tentang kewujudan saudara sepupunya di Kuwait. Aku memberi alasan yang aku tidak mengenali mereka jadi malu rasanya untuk menghubungi mereka. Pn Maznah tidak berputus asa lalu memberi memberi contact number sepupunya di Kuwait. Dengan rasa berat hati aku memberitahu perkara tersebut kepada suamiku dengan harapan suamiku mahu menghubungi sepupu kepada sepupuku itu. Pn Maznah berusaha lagi dengan menghubungi sepupunya dengan bantuan anak saudaranya untuk memberitahu kehadiran kami di Kuwait City.

Kami sedang berada di kawasan parkir Souq Sharq ketika  Saudara Ahmad, sepupu Pn Maznah menghubungi suamiku.  Saudara Ahmad mahu bertemu kami sambil makan tengahari di tempat yang akan ditentukan nanti. Pada malamnya pula kami dijemput untuk makan malam dan berjumpa dengan keluarganya di rumahnya. Disebabkan kami agak sibuk dan memandangkan ianya adalah hari bekerja jadi aku membuat keputusan untuk berjumpa pada malam harinya sahaja. Lantas Saudara Ahmad menetapkan yang dia akan menjemput kami di hotel tepat pada pukul 6.00 malam. Kami tidak mempunyai pilihan lalu bersetuju dengan jemputan tersebut.

Pada masa yang sama beberapa orang sahabatku yang tinggal di Kuwait juga mahu bertemu denganku di hotel pada petangnya namun tidak pasti pada pukul berapa. Aku merasa serba salah lantas memaklumkan kepada sahabat-sahabat tersebut perihal temu janji kami dengan Saudara Ahmad. Sebenarnya sahabat yang akan aku temui adalah sahabat yang aku kenali melalui Group WhatsApp ODOJ. Setahun aku bersama-sama mereka dalam program One Day One Juz yang diperkenalkan kepada aku oleh seorang sahabat Indonesia yang aku panggil Umm Fikri. Alhamdulillah secara paksa rela aku melazimi membaca Al Quran satu surah setiap hari. Aku bertanya sahabat-sahabat di dalam group tersebut berkaitan tempat menarik di Kuwait setelah mendapat tahu agak ramai bilangan mereka di sana.

Ada yang memberi respons terutama ketua kumpulan kami iaitu Pn Syahrida Mulyawan yang lebih dikenali sebagai Ummi Abdul Rahman. Tidak pula aku menyangka mereka mahu berkenalan dengan lebih dekat denganku ketika aku berada di Kuwait. Aku memahami kesibukan mereka yang bekerja sebagai perawat (juru rawat). Lainlah aku yang sedang bercuti dan melancong pula. Aku merasa cukup bersalah kerana terpaksa menghampakan permintaan mereka kerana ada tanggung jawab lain yang perlu aku penuhi. Telefon bimbit kami juga berhadapan dengan beberapa masalah terutama Mobile Data yang tidak berfungsi sepanjang kami berada di Kuwait. Ianya menjadikan hubungan kami agak terbatas jika berada di luar dari bilik hotel.

Bagaimana pun kami meneruskan lawatan kami di Souq Sharq yang terletak tidak jauh dari Kuwait Towers. Souq Sharq merupakan pusat beli belah utama di Kuwait City yang ditukar dari souq tradisi menjadi lebih moden dengan keluasan kira-kira 55,567 meter persegi. Bangunan dua tingkat tersebut menawarkan pelbagai kedai dan butik berjenama. Terdapat kafe dan restoran terutama di tingkat atas bangunan dan berhadapan dengan kawasan marina yang luas. Aku terpegun melihat deretan bot-bot mewah milik persendirian yang diparkir di hadapan Souq Sharq. Terdapat kawasan parkir kenderaan yang luas dan percuma di kawasan belakang bangunan souq ini.


Satu dari pintu masuk ke souq

Deretan bot di marina

Tidak terhitung banyaknya


Laluan diperbuat dari kayu

Jenama pusat membeli belah yang penting di Kuwait - The Sultan Center

Dari jarak jauh

Berhampiran jeti.

Milik siapakah ini?

Kelihatan Fish Market bersebelahan dengan Souq Sharq

Bangunan yang berlainan sedikit bentuknya

Pemilik bot tidak kelihatan
Mewah betul orang Kuwait nih

Ada pameran lukisan rupanya


Pelajar sekolah dengan pakaian seragam, jubah berwarna biru dan bertudung putih..
Kelihatan kafe dan restoran di tingkat satu souq.

Para peserta barangkali.



Yang ini betul-betul sainstifik, di ruang legar Souq Sharq

Suasana di dalam Souq Sharq.


Sempat singgah di The Sultan Center, mencari fridge magnet sebenarnya.

Kami terus pulang ke hotel dari Souq Sharq supaya kami mempunyai masa yang mencukupi untuk berehat dan bersiap sedia ke rumah sepupu Maznah pada malam harinya. Maznah adalah sepupuku dari sebelah arwah ayahku. Arwah ayahku adalah abang kepada emak Maznah yang aku panggil Ndak. Sedang Saudara Ahmad pula adalah sepupu Maznah dari sebelah arwah ayah Maznah. Arwah ayah Ahmad adalah abang kepada arwah ayah Ahmad. Apa yang akan aku temui pada malam nanti amat menarik yang pernah menjadi lipatan sejarah untuk dikenang semula.


Bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...